5 Tips Mudah Agar Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan.

 

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh dengan ganjaran dan segala amalan yang kita lakukan akan meningkat. Sebab itulah ramai sahaja apabila masuk bulan Ramadhan ini berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan amal ibadat. Membaca al-Quran juga merupakan satu amalan yang baik pada bulan yang penuh dengan rahmat ini. Tambahan pula, AL-Quran itu sendiri didedahkan pada Ramadhan ke-17 atau lebih dikenali sebagai Nuzul Quran.

Pasti ramai yang becita-cita untuk khatam Al-Quran pada bulan puasa ini bukan? Jika anda mempunyai niat sebegitu, maka teruskan usaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Nak-nak ketika masih awal lagi ini. Namun begitu, untuk tekad menghabiskan satu Al-Quran pada bulan ini bukan satu yang mudah.



Mana tidaknya, kadang kala kengkangan masa dan rasa malas itu akan membuatkan perkara ini tertangguh dan memusnahkan niat yang anda. untuk menggelakkan perkara sebegini berlaku, apa kata anda cuba beberapa tips yang berguna buat anda.

1. Mulakan dari sekarang.

Walaupun bulan Ramadhan ini sudah bermula, namun masih tidak terlambat lagi untuk anda mengambil langkah untuk memulakan pembacaan Al-Quran. Adalah lebih baik jika anda mula dari sekarang. Untuk kaum wanita, jika anda maish berlengah lagi, kemungkinan untuk menghabiskan satu Al-Quran tidak akan sempat kerana disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Jadi, apa tunggu lagi. Mulakan dari sekarang!

2. Baca 4 halaman sebelum atau selepas solat.

Sebuah Al-Quran mempunyai 30 juz. Dalam 1 juz terdapat 20 muka surat. Jika anda bahagikan kepada 5 kali solat dalam sehari maka anda perlu membaca sebanyak 4 halam sehari. Dengan cara ini anda boleh menghabiskan Al-Quran sebelum Ramadhan terakhir.

3. Lebihkan pada waktu pagi.

Seperti yang kita tahu bahawa solat tarawih sememangnya perlu dilakukan pada waktu malam. Oleh itu, kemungkinan untuk anda membaca Al-Quran pada ketika itu akan terganggu. Jadi lebih baik jika anda lebihkan sedikit membaca Al-Quran pada waktu pagi seperti selepas sahur ataupun sebelum pergi kerja. Anda boleh menggandakan halaman yang ingin dibaca.

4. Membaca Al-Quran jika ada masa terluang.

Jika anda berkerja, pasti akan ada satu jam untuk anda merehatkan diri. Jadi selain merehatkan diri serta menunaikan solat anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk membaca Al-Quran. Dengan ini anda akan lebih cepat menghabiskan Al-Quran anda.

5. Membaca semasa menunggu.

Sekiranya anda menunggu dengan lama, jangan bazirkan masa anda begitu sahaja. Manfaatkan masa yang ada itu dengan membaca Al-Quran. Jangan rugikan masa yang ada itu.

Pasang niat semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan sekaligus membuatkan anda berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada bulan yang penuh barakah ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen