Mengapa Perlu Berbuka Puasa dengan Makanan Manis?

 

Dulu masa kecil-kecil, ketika baru hendak mula belajar puasa, pasti ibu ayah akan sentiasa mengingatkan untuk mulakan berbuka dengan benda-benda yang manis dahulu. Sebagai contoh, pengambilan kurma serta kuih muih yang manis. Siapa ingat lagi akan perkara ini?

Walaupun tidak mengetahui manfaat sebenarnya, tradisi itu diteruskan hingga kini. Berbuka puasa dengan makanan manis bukannya sesuatu yang harus dan tidak juga dilarang, asalkan tidak berlebihan.

Baca artikel ini untuk mengetahui sebab anda perlu berbuka puasa dengan sesuatu yang manis.



Tenaga berkurang semasa berpuasa

Semasa berpuasa, proses fungsi tubuh iaitu metabolisma akan perlahan. Ini kerana makanan yang diambil ketika sahur telah banyak hilang selepas melakukan aktiviti seharian. Ini kerana sepanjang berpuasa tiada pengambilan makanan dan menyebabkan tenaga berkurang. Jadi, anda perlu berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis kerana ia berperanan mengembalikan tenaga dan stamina tubuh yang telah hilang dengan cepat.

Makanan dan minuman manis cepat dihadam

Sesuatu yang manis adalah sumber kalori yang mudah untuk diproses oleh tubuh dengan cepat. Disebabkan ini ia amat disarankan untuk berbuka puasa dengan manisan. Selain mengembalikan tenaga yang hilang, rasa manis dapat meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh membuatkan tubuh bersemangat dan tidak lemah. Peningkatan kadar gula ini membantu mengembalikan fungsi metabolisma tubuh kepada normal.

Dipetik daripada esquire.co.id (24 Mai 2017), mengenai sunnah Rasul untuk berbuka dengan manisan, Dr. Fiastuti menjelaskan bahawa tujuan sebenarnya adalah mengembalikan kadar gula darah semasa berpuasa lebih dari 12 jam.



Ambil secukupnya

Semasa berbuka puasa, sebaiknya mengambil makanan dna minuman manis yang semula jadi seperti kurma dan buah-buahan manis kerana ia megandungi banyak air. Buah-buahan ini juga dapat mengembalikan cecair tubuh dan mencegah tubuh daripada dehidrasi selepas seharian berpuasa.

Walaubagaimana pun jangan ambil makanan manis terlalu banyak kerana ia tidak baik untuk kesihatan yang mendorong kepada masalah diabetes dan pertambahan barat badan. Keadaan kesihatan ini juga boleh menjejaskan anda untuk menjalani puasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen