Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Persediaan Bawa Anak Solat Tarawih, Ibu Ayah Patut Cuba!

 

Ramai ibu ayah yang tidak akan ketinggalan untuk membawa anak-anak mereka pergi masjid bersama-sama untuk menunaikan Tarawih pada bulan Ramadan ini bukan? Mana tidaknya, ini sahaja caranya untuk mendidik anak agar lebih memahami Tarawih serta mudah untuk pergi ke masjid.

Tapi ada juga yang merasakan membawa anak-anak ini agak leceh kerana ragam anak-anak yang sukar untuk dikawal sekali gus takut mengganggu jemah yang lain membuatkan ibu-ibu tidak membawa anak-anak ke masjid.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar semalam telah berkongsi beberapa tip membawa anak kecil ketika solat Tarawih sepanjang bulan puasa ini. Pasti tip yang dikongsikan oleh bapa hebat ini sangat berguna buat ibu ayah di luar sana bukan?


Solat Tarawih dengan anak-anak lelaki.

Mengejutkan, anak-anak berkelakuan baik hari ini.

Adam & Nuh berdiri di sebelah saya semasa solat.

Alhamdulillah…



5 pertua untuk membawa anak kecil anda untuk Solat Tarawih…

1. Bersedia

Bawa susu, lampin, mainan kegemaran mereka bersama-sama. Anda mungkin tidak tahu bila anda memerlukannya.

2. Cari sudut

Solat terus ke akhir supaya anak anda tidak mengganggu orang lain.


3. Berhati-hati dengan anak anda.

Jangan biarkan anak anda sendiri menganggap sesuatu tempat itu selamat.

4. Jika anak terus menangis, bawa mereka keluar dan tanya kenapa. Anak-anak mungkin lapar atau nak tukar lampin. Jangan biarkan anak terus menangis kerana ia mengganggu orang lain. Teruskan tarawih sebaik sahaja mereka sudah okay.

5. Beri anak makan sebelum datang ke masjid, jika anak tidur sebelah anda, tidak mengapa.

Membawa anak anda untuk solat tarawih adalah amalan yang baik untuk mereka. mereka belajar dari orang lain.

Tetapi pastikan tidak mengganggu orang lain yang melaksanakan solat mereka.

Hanya berkongsi
Selamat malam semua.

Satu perkongsian yang menarik buat ibu ayah di luar sana yang ingin membawa anak mereka pergi solat tarawih bersama-sama tetapi tidak tahu cara yang sesuai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen