Kalau Marah Sangat Kat Isteri Pun, Suami Tolong Jangan Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Marah-marah isteri ni, suami pasti sudah dapat menjangka, dan kadang-kala hanya membiarkan kemarahan isteri berlalu dengan reda. Suami memang kena pujuk, kalau tak pujuk nanti kena marah.

Namun, marah suami pula kadang-kala meletus seperti gunung berapi. Sekali marah, pasti terduduk diam si isteri tidak berkata-kata. Merajuk dan mengharapkan suami yang pujuk.

Dua-dua situasi pun isteri yang masih menang dan perlu dipujuk. Akan tetapi, bagi si suami kalau marah sangat pada isteri pun, 5 perkara ini haruslah dielakkan…

1. Marah hanya sebab kenakalan anak-anak.

Sikap anak-anak kecil tidak dapat dijangka. Kadang-kala senyap sahaja, boleh duduk diam dan senang dijaga. Tapi apabila tiba sahaja masanya, pasti akan meletup seperti bom jangka masa.

  • Menangis.
  • Mengamuk.
  • Menjerit.
  • Berlari satu rumah menunjuk perasaan kerana mahu perhatian.

Namun, suami perlu tahu semua sikap anak-anak ini jangan terus persalahkan isteri seratus peratus. Selain isteri, suami juga perlu mendidik anak-anak supaya tidak terlalu nakal dan ajar mereka untuk berdisiplin.

2. Marah dengan menggunakan ayat-ayat kotor.

Antara kelemahan seorang lelaki adalah mudah mengeluarkan kata-kata kesat, kotor dan juga lucah. Ini kerana terpengaruh dengan rakan sebaya ketika zaman bujang dahulu. Jika ia sudah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki sekiranya marah dengan mengeluarkan ayat-ayat kotor, tidak hairan ia akan berlaku selepas berkahwin juga.

Ingat, ayat-ayat kotor hanya akan membuat para isteri anda makan hati dan akan ingat sampai bila-bila.

3. Marah sambil menjerit-jerit sekuat hati.

Satu taman perumahan boleh dengar suara anda sekiranya anda sedang memarahi isteri di ruang tamu. Ingat, rumah adalah ruang privasi suami dan juga ahli keluarga. Sekiranya pekikan anda didengari oleh jiran, ia boleh mendatangkan aib pada keluarga anda kelak.

Nak jaga aib keluarga bukan sahaja di sosial media, perbuatan marah sambil menjerit-jerit juga perlu dihindarkan. Malah ia juga adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak, dan akan memberi kesan kepada otak mereka.

Nak marah boleh, tapi cukuplah dengan nada suara yang tegas.

4. Marah sehingga memberi tekanan kepada isteri.

Lelaki yang bergelar suami perlu tahu, golongan wanita lebih mudah stress 2 kali ganda daripada lelaki oleh kerana hormon yang mereka miliki. Mereka cukup mudah terpengaruh dengan emosi sehingga lama-kelamaan menjadi tawar hati pada suami isteri. Dalam rumah tangga, isteri lebih tertekan dengan sikap suami berbanding dengan anak sendiri.

5. Marah sehingga memukul isteri.

Apabila api kemarahan tidak dapat dikawal, kebanyakan suami sering menaikkan tangan untuk memukul isteri mereka. Jika dihasut syaitan, tidak hairan sekiranya situasi ini akan berlaku. Suami sepatutnya melindungi isteri dan anak-anak, bukan mencederakan mereka.

Untuk menjadi suami, perlu banyak bersabar dengan kerenah isteri, begitu juga dengan isteri. Tetapi selagi ia tidak dimulakan dengan suami, selagi suami hanya menurut ego diri untuk menengking isteri, selagi itu akan memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan kekeluargaan. Anak-anak juga akan menjadi kurang percaya pada bapa sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen