Lelaki Berpandangan Dan Berfikiran Jauh.

 

Sudah lama saya tidak menulis artikel. Jadi, untuk entri kali ini saya ingin berkongsikan pula dengan anda mengenai topik lelaki yang berpandangan dan berfikiran jauh. Bagi yang perempuan, tahukah anda, bukan senang untuk menjadi seorang lelaki? Macam-macam perkara yang perlu difikirkan apabila anda adalah seorang lelaki. Lagi-lagi apabila usia anda meningkat dewasa dan tiba masa untuk mendirikan rumahtangga. Bermacam-macam perkara yang anda perlu anda fikirkan dan rancang supaya segalanya berjalan dengan lancar.



Sebagai contoh, untuk mengahwini seorang perempuan tidaklah mudah seperti yang disangka. Pelbagai perkara perlu dititikberatkan. Bermacam-macam perkara yang perlu seorang lelaki ambil perhatian seperti, adakah duit hantaran mencukupi? Adakah sudah memiliki rumah tempat tinggal? Bagaimana pula apabila sudah mempunyai anak nanti? Adakah terdapat sekolah yang berdekatan dengan rumah? Bagaimana pula dari segi keselamatan di kawasan perumahan? Adakah ianya selamat di situ? Adakah gaji yang diterima setiap bulan dapat menanggung kos sara hidup apabila sudah berkeluarga? Bermacam-macam perkara perlu difikirkan oleh seorang lelaki.



Ada seorang rakan saya, perempuan, yang rasa sangat pelik dengan diri saya ini. Dia kata, saya ini fikir terlampau jauh sangat. Ye la, mana taknye, kita perlulah merancang dan mengatur segala-galanya kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Kalau ketua keluarga tidak pandai merangcang, porak perandalah jadinya. Tetapi, segalanya hanyalah pandangan dari diri saya sendiri. Setiap orang mempunyai persepi yang berbeza. Namun begitu, bagi saya, memang patut seorang lelaki itu perlu berpandangan dan berfikiran jauh supaya bukan sahaja kita nampak lebih matang malah lebih memudahkan kita menangani masalah yang akan datang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,107 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen