Ciri-Ciri Menantu Lelaki Yang Ibu Mertua Yakin Jadikan Suami Pada Anak Perempuannya.

 

Kita sebagai anak sudah tentu tidak lagi berpengalaman dengan gelaran sebagai ibu mahupun bapa, apatah lagi dengan gelaran isteri mahupun suami sekiranya masih belum berkahwin. Apabila sudah mengetahui pengalaman ini sahaja kita akan merasakan benar juga nasihat ibu bapa ketika dahulu.

Malah, isu berkenaan dengan perkahwinan sudah tentu ibu bapa akan memainkan peranan yang penting sehingga anak perempuan berasa amat menjengkelkan. Padahal kita yang nak berkahwin, bukan ibu bapa, kan?

Jadi, sebagai anak perempuan perlu tahu ada sebab kenapa ibu amat mementingkan kewangan selepas berkahwin. Dan ciri-ciri anak menantu lelaki yang ibu anda amat titik beratkan adalah…

1. Bijak menguruskan wang.

Pada masa kini, tidak ramai anak muda lelaki yang bersungguh-sungguh mempelajari ilmu kewangan. Sedangkan waktu ketika persekolahan, kelas matematik, ekonomi mahupun akauntan hanya ramai pelajar perempuan sahaja.

Bijak menguruskan wang, bukan sahaja tidak berlaku pembaziran, malah mengetahui nafkah dalam keluarga. Tidak culas memberi nafkah pada isteri mahupun pada anak-anak. Ini yang amat penting.

2. Ada wawasan pelaburan yang baik.

Sebagai seorang lelaki yang mahu bergelar suami, perlu tahu tentang pelaburan ini kerana bakal memberi keselesaan pada keluarga kelak. Tetapi untuk melabur, anda perlu…

  • Tidak meminjam duit semata-mata untuk melabur.
  • Tahu waktu yang terbaik untuk melabur.
  • Mengkaji dahulu sebelum melabur.

Bijak membuat pelaburan dipandang positif oleh ibu bapa mertua kerana masa depan terjamin.

3. Memahami perbezaan keperluan dan kehendak.

Di samping bukan menjadi seorang yang pemboros, ibu mertua juga akan melihat bagaimana bakal menantu lelakinya memahami perbezaan keperluan dan kehendak. Adakah dengan membeli kereta berjenama dan mahal semata-mata untuk memikat anak perempuannya sahaja? Kemudian akan memikat perempuan yang lain pula?

Atau adakah dengan memiliki duit yang banyak semata-mata mahu mengumpan anak perempuannya untuk membeli barang keperluan? Kemudian setelah berkahwin, lupakan begitu sahaja?

Kadang-kala naluri seorang ibu itu kuat. Ada benar juga firasatnya.

4. Tahu barang apa untuk dijadikan sebagai hantaran.

Hantaran tidaklah wajib, malah hantaran boleh dibincangkan dan ada pertimbangan pada kedua-dua belah pihak. Sekiranya ibu bapa mertua bertanya, hantaran apa yang anda akan berikan?

“Tak tahu lagi..”

“Terpulang pada dia (anak perempuannya)..”

Sekiranya ini jawapan anda, kemungkinan besar bakal ibu bapa mertua anda kurang yakin anda boleh menjaga anak perempuannya kelak. Nak jawab perlu ada keyakinan…

“Saya akan berikan barang keperluan kami selepas berkahwin..”

Sebagai contoh:

  • Sijil Takaful bernilai RM500,000.
  • Dinar Emas.
  • Keperluan dapur. (Framekan gambar, warranty atau seumpama dengannya)
  • Belikan rumah, dan kunci sebagai hantaran.

5. Berusaha memiliki rumah sendiri.

Kadang-kala ada ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak dan mahu tinggal bersama walaupun sudah berkahwin. Jangan termakan pujuk rayu dan cuba juga mencari rumah sendiri supaya ibu mertua yakin anda boleh berdikari selepas berkahwin.

Sebenarnya nak jadi anak menantu lelaki kesayangan, bukan dilihat yang memiliki duit dan harta semata-mata, tetapi bagaimana lelaki itu uruskan segala duit dan perbelanjaan. Bijak ataupun tidak?

Semoga Bermanfaat Dan Jadilah Anak Menantu Lelaki Yang Bijak Uruskan Kewangan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,850 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen