Jangan Herdik Atau Abaikan, Ini Cara Didik Anak Ketika Dalam Masjid.

 

Pada bulan yang penuh barakah ini pasti ramai yang akan membawa anak-anak ke masjid untuk mendidik mereka lebih mengenali bulan yang penuh rahmat ini. Cara didikan sebegini sememangnya elok tetapi kadang kala kasihan lihat mereka apabila dimarah kerana bersikap nakal di dalam masjid.

Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.

Dia bersemangat, dia impalsif, dia perlu bergerak, dia belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi dia. Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan dia meragam.



Jadi ibu ayah jangan cepat naik marah apabila berdepan dengan situasi ini. Di dalam bulan baik ini cuba untuk bersabar dengan sikap anak-anak yang sememangnya begitu.

Apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk:

1. Menyediakan keperluannya supaya dia tidak lapar dan dahaga.

2. Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.

3. Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.

4. Mengajak dan memberi galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.

5. Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.

6. Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.

7. Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.

ANDAI DIBIARKAN, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.

ANDAI DIHERDIK, dia tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.

Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.

Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,821 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen