Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Berpuasa Tapi Masuk Neraka’? Ikuti Penjelasan Ini.

 

Dalam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan, siapa yang benar-benar berpuasa dan bukan sekadar berpuasa?

Situasi ini juga dapat dilihat apabila kita berpuasa tetapi masih meninggalkan solat, lalu kita berpuasa untuk apa? Masih dapatkah berebut pahala melalui puasa tersebut.

Boleh jadi juga apabila kita berpuasa tetapi sikap kita pula yang bakal menyakitkan hati orang sekeliling. Hanya kerana lidah yang berbisa, pahala puasa kita juga berkurangan. Bahkan akan ke neraka seperti perkongsian daripada Ustaz Ahmad Sanusi ini…

********

Berpuasa Tapi Masuk Neraka.

Seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:

إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ

Maksudnya:

“(Wahai RasulullahSAW), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.”

Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari.

Sabda RasulullahSAW:

مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به والجهل، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه

“Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta (tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.”

Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa, dalam menyambut bulan Ramadan ini hendaklah kita menjaga kualiti puasa kita.

Kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum sahaja bahkan kita seharusnya mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.

Selamat datang Ramadan. Semoga Allah kurniakan kita ganjaran yang besar dalam bulan Ramadan.

Image may contain: text

********

Semoga Kita Menjalani Ibadah Puasa Dengan Istiqomah Dan Bermuhasabah Diri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,001 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen