"Gaya Urus Konflik Dalam Rumahtangga Lebih Penting Berbanding Masalah Yang Melanda Hubungan" Ini 3 Jenis Gaya Pengurusan Konflik.

 

Penceraian ini bukanlah satu perkara yang mudah, mungkin ada yang memikirkan bahawa ia bagus kerana buat apa tinggal dengan orang yang sudah tidak mempunyai sefahaman lagi. Tetapi yang melaluinya pasti tahu bagaimana peritnya perkara sebegini.

Apa yang selalu kita cerita adalah mengenai apa punca konflik yang selalu berlaku dalam hubungan. Bukan hanya itu, kita juga kerap berkongsi bagaimana hendak menangani konflik tersebut bagi mengelakkan penceraian.

Tetapi berlainan dengan perkongsian dari Puan Siti Suryani Yaakop ini. Menurutnya, gaya pengurusan konflik perkahwinan adalah lebih penting berbanding berapa banyak konflik yang menlanda sebuah hubungan.

Ayuh baca perkongsiannya.



Masa pergi dengar talk tentang psikologi perkahwinan hari tu, penceramah bagitau yang kebanyakan masalah penceraian berlaku bukanlah kerana banyaknya konflik yang melanda sebuah hubungan.

Tetapi, masalah selalunya datang akibat dari gaya pengurusan konflik perkahwinan.

Ada 3 jenis Gaya Pengurusan mengikut Gottman.

1. Conflict Avoider

Berusaha elak konflik dari selesai masalah. Contohnya bila ada isu, isteri akan keluar dengan kawan-kawan manakala suami menyibukkan diri dengan buat kerja rumah.

Pasangan begini bagusnya adalah kerana mereka cuma fokus perkara positif yang berlaku. Mereka bertindak untuk mengalih dan melupakan isu yang negatif.

Yang tak bagusnya, ada ketika pasangan jadi kurang mesra terutama semasa berlakunya konflik sehinggalah konflik tadi hilang sendiri ditelan masa.

2. Volatile

Ini jenis pasangan yang melepaskan apa yang dirasa secara terus terang. Pasangan jenis ni sangat ekspresif dan main cakap je apa yang terbuku dan terjeruk dihati. Janji tak simpan dalam.

Yang bagusnya, pasangan jenis ini lebih terbuka dan seimbang. Boleh jadi partner in crime yang sangat baik sebab mereka sangat selesa meluahkan apa saja pada satu sama lain tanpa bimbang ada penolakan dan dendam.

Yang tak bagusnya, kalau dah dua-dua stail speaker parlimen, fahamlah. Boleh jadi gaduh.

3. Validating

Sama-sama berbincang dan mendengar. Walaupun ketika berselisih faham, suami isteri masih mementingkan pendapat masing-masing. Sikap saling hormat dan memahami perasaan masing-masing.

Memang baguslah kalau dah kaedah begini. Tapi, ni kalau rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pagi ni, biasanya susah la sikit. Perbincangan tu selalu bercampur emosi dan rasa penat.

Ini jenis yang ada 3-4 orang gaji kat rumah, duit berkepuk, tandas automatik flush taik, mungkin.

Tapi, masih. Stail mana pun boleh,asalkan kita dan pasangan punya gaya mengendalikan konflik yang sama.

Yang jadi masalah...

Kalau kita jenis suka bertomoi (volatile) , suami pula jenis lari kedai mamak (avoider) bila ada konflik. Ini yang menyebabkan ketidakpuasan hati itu berlarut-larutan dan merosakkan hubungan.

Jadi nak buat apa?

Untuk mengekalkan hubungan suami isteri yang baik, belajar cara pasangan mengendalikan konflik. Ikut cara dia.

Kenapa kita yang kena belajar?

Sebab kita yang baca post ni.

Kenapa pula kita yang nak kena mengalah? Kenapa asyik kita je?

Sebab mengelakkan perbalahan itu lebih Allah sukai dari menang pergaduhan yang sia-sia.

Kita buat, kita dapat!

Aha.....

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen