“Kaum Lelaki Jangan Cepat Sentap Dengan Emosi Perempuan, Kerana Mereka Secara Lumrahnya Begitu..” Kongsi Lelaki Ini.

 

Menjadi sebagai golongan lelaki kebiasaannya banyak perkara yang tidak berpuas hati, terutamanya pada golongan wanita. Antara perasaan lelaki yang tidak berpuas hati adalah..

“Kalau dah period memang tak boleh kawal perasaan ke?”

“Kenapa kalau perempuan merajuk memang kena pujuk, tak boleh biarkan?”

“Perempuan emosi boleh, kenapa lelaki tak boleh emosi?”

Secara lahiriahnya, ciptaan lelaki dan perempuan sahaja sudah berbeza. Daripada mental sehingga fizikal, dan setiap kejadian tersebut pasti ada hikmahnya. Jadi, sebagai kaum lelaki jangan cepat sentap kalau perempuan tidak dapat mengawal emosi, kerana ia memang begitu.

Ada sebab mengapa Allah jadikan kaum perempuan begitu seperti apa yang dikongsikan oleh saudara Najmi Nawawi ini…

********

Ianya Normal : Perempuan Memang Begitu.

Orang lelaki jangan cepat terasa atau 'triggered' sangat dengan 'bad mood' pasangan. Otak perempuan dan otak lelaki berfungsi dengan berbeza, dan ini telah dibuktikan oleh ramai pakar psikologi dunia.

Kita orang lelaki memang boleh cakap 'memang la bad mood bila datang bulan, tetapi janganlah jadikan alasan untuk layan sahaja emosi itu'.

Tetapi ianya tidak semudah itu untuk mereka kawal emosi. Tidak dinafikan kadang-kadang memang boleh, namun kadang-kadang juga mereka akan jadi sangat sensitif. Memang tidak boleh kawal.

Seorang isteri sangat mudah mengalami perubahan mood. Mood yang kurang stabil pada wanita boleh disebabkan oleh apa sahaja. Mungkin kerana tekanan fizikal, keletihan, metabolisme, dan mungkin juga kerana perubahan mendadak hormon estrogen dan progesteron dalam badan si isteri.

P/s : Orang cakap kalau isteri bad mood kena pujuk dan peluk isteri. Tapi kau tahu-tahu sahajalah, bukan senang untuk peluk isteri kalau dia tengah bad mood. Macam peluk biawak hidup.

********

Oleh yang demikian, sekiranya lelaki juga ingin beremosi dan tidak mahu mengawal emosi, maka tiada siapa dalam dunia nanti akan berfikiran matang dan rasional. Ada juga yang kaum perempuan inginkan daripada lelaki atau cemburu dengan kejadian lelaki seperti berpeluang berpuasa penuh.

Jadi, jangan lepaskan peluang apabila dapat berpuasa penuh kerana ia adalah tak semua perempuan mengalami putaran haid yang sama.

Semoga Bermanfaat Dan Bersyukurlah Dijadikan Sebagai Lelaki!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen