3 Jenis Jus Lazat Mampu Atasi Masalah Sembelit Anda.

 

Mengalami masalah sembelit serta kesukaran untuk membuang air besar sememangnya agak mengganggu aktiviti harian kita. Setiap orang pasti pernah mengalami masalah sembelit ini dalam kehidupan harian mereka. Ada yang sehingga mengambil beberapa jenis ubatan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

Buat anda yang berdepan masalah sebegini, ini berita baik untuk anda. Selepas ini tidak perlu mengambil ubat-ubatan atau apa-apa pun, tetapi boleh mengamalkan jus buah minuman dalam rutian harian. Ia sememangnya mudah untuk dilakukan di rumah serta hasilnya yang sangat berkesan.



Kenapa jus baik untuk sembelit?

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan sembelit, beberapa daripadanya termasuk tekanan, aktiviti fizikal yang kurang, pengambilan ubat ataupun pelbagai lagi sebab yang menyebabkan anda sembelit.

Walaupun begitu, kebanyakan kes sembelit ini disebabkan oleh makanan yang kita makan setiap hari. Lebih tepat lagi, apa yang kita tidak makan, atau kurang makan serta kekurangan pengambilan makanan berserat menyebabkan mengapa anda boleh sembelit. Bahkan kurang pengambilan air kosong juga menjadi salah satu punca.

Oleh itu, kunci untuk mengatasi sembelit adalah pada dasarnya untuk meningkatkan pengambilan cecair dan serat. Anda boleh mendapatkan serat dan cecair dari buah atau sayuran.

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu pergerakan usus menjadi lebih lancar sehingga sisa yang telah dicernakan akan cepat dikeluarkan daripada tubuh badan. Selain itu juga, serat juga berkesan menyerap air dan menjadikan sisa makanan lebih mudah dikeluarkan oleh tubuh.

Selain serat, beberapa kajian menunjukkan bahan-bahan tertentu dalam buah juga baik untuk memperbaiki pencernaan. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Nurse Practitioners melaporkan bahawa sorbitol, alkohol gula yang terkandung dalam buah dapat membantu meningkatkan kandungan air dan kekerapan pergerakan usus. Apel, pear, dan plum (plum) adalah beberapa jenis buah kaya dengan sorbitol.

Pelbagai jus lazat sesuai untuk elakkan sembelit.

Tidak semua orang suka memakan buah atau sayur-sayuran. Ini sebabnya mengapa jus adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin bebas semeblit tetapi tidak suka memakan buah amhupun sayuran. Tapi pastikan jus anda itu dari buah atau sayuran yang asli, bukan dari cordial yang mengandungi gula serta perwarna tiruan!

1. Jus pear, epal dan kiwi.



Bahan:

• 2 epal hijau, potong kecil
• 1 pir, dipotong menjadi kepingan kecil
• 1 buah kiwi, kupas kulit dan potong kepada kiub
• Kiub ais (secukup rasa)
Cara membuat:

I. Masukkan semua bahan, kemudian blender sehingga semuanya hancur.
II. Tuangkan ke dalam gelas.
III. Jus siap untuk dihidangkan.

2. Jus hijau.



Bahan:

• 1 tandan bayam segar, basuh dengan teliti dan ambil daun sahaja
• 2 timun bersaiz sederhana, mengupas kulit kemudian potong kecil
• 1 lemon, ambil air sahaja
• Kiub ais (secukup rasa)
Cara membuat:

I. Masukkan semua bahan, kemudian blender sehingga semuanya dicampur rata. Tambah sedikit air jika jus terlalu kasar.
II. Tuangkan ke dalam gelas.
III. Jus hijau siap untuk disajikan.

3. Jus strawberi bersama lobak merah.



Bahan:

• 6 strawberi segar, basuh dan potong 2 bahagian
• 2 wortel sederhana, kupas kulit dan potong kecil
• Kiub ais (secukup rasa)

Cara membuat:

I. Campurkan semua ramuan menggunakan pengisar.
II. Tuangkan ke dalam gelas.
III. Jus siap untuk dihidangkan.

Jus adalah baik untuk sembelit, tetapi penting untuk memahami bahawa pengambilan serat lebih terkandung dalam buah atau sayuran segar. Jadi, anda harus cuba makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebisa mungkin sebanyak mungkin.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen