Elakkan Bersikap Boros Ketika Di Bazar Ramadhan Dengan 5 Tips Mudah Ini.

 

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan bulan Ramadhan setelah setia menanti. Masih diberi peluang untuk berpuasa dan melakukan ibadah, malah untuk lebih mendekatkan diri pada Ilahi. Di samping menahan haus dan lapar serta juga adab, kita juga digalakkan untuk berjimat terutamanya ketika di bazar Ramadhan.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali Ramadhan sahaja, bazar ini yang kita tunggu-tunggukan kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang mengiurkan. Masakan tidak, sedang membuat kerja pun terliur teringatkan murtabak.

Jadi, elakkan bersikap boros ketika di bazar Ramadhan dengan 5 tips mudah ini…

1. Beli 1 jenis lauk/kuih sahaja untuk satu hari.

Sampai sahaja di bazar, dengan perut yang menggelodak, semua jenis juadah kita teringin makan. Sebab itu kita perlu mengawal nafsu ketika membeli juadah tersebut. Jika ikutkan hati memang semua makanan mahu dibeli.

Related image
Kredit: ProfiencyEnglish

Jadi, tanamkan dalam diri, satu hari satu jenis kuih dan satu jenis lauk sahaja sesuai untuk mereka yang masih bujang. Jangan lah semua jenis kuih mahu dibeli, karipap, kuih lapis, kuih keria, kemudian beli pula mee goreng dengan murtabak.

Memadai beli karipap dan mee goreng, cukup mengenyangkan.

2. Senaraikan hari ni nak makan apa dan seterusnya.

Image result for buat senarai
Kredit: Envato

Sebelum nak ‘membeli-belah’ di bazar, anda perlu senaraikan hari ni nak makan apa? Mungkin anda boleh membuat jadual untuk hari-hari dan menu-menu yang sesuai. Jadi, di sini anda akan mengetahui sebenarnya anda hanya membeli makanan mengikut nafsu sahaja.

Dengan adanya jadual ini, anda akan tahu kuantiti makanan untuk dibeli.

3. Tidak perlu beli air manis selalu.

Image result for pelbagai air di bazar
Kredit: TambahCheese

Memang tergoda anak tekak ketika melihat air manis berderet di kedai. Seolah-olah memanggil-manggil kita untuk membeli . Lebih-lebih lagi waktu tersebut panas pula, memang tak tahan dengan godaan ini. Sebelum anda tergoda dengan air manis tersebut, beli siap-siap kordial di kedai runcit.

Anda bukan sahaja dapat mengawal gula dalam minuman, malah jimat juga. Di samping itu, dapat juga jaga kesihatan.

4. Jangan pergi ke bazar ramadhan dengan kerap.

Related image
Kredit: AsiaTatler

Perkara yang paling mudah untuk untuk mengawal pembaziran adalah tidak pergi ke bazar dengan sekerap mungkin. Kalau anda pergi setiap hari, tidak hairan sekejap sahaja duit anda cepat habis. Memadai jika anda hanya pergi seminggu sekali, terutamanya pada hari minggu bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.

5. Masak.

Image result for memasak
Kredit: SukaLaper

Masak adalah perkara yang boleh mengelakkan daripada anda menjadi seorang pemboros. Dengan memasak juga, anda akan mengetahui kuantiti untuk anda makan seorang (khas bagi mereka yang masih bujang). Jika anda membeli barang basah cukup untuk seminggu pun jimat. Hari minggu baru pergi ke bazar.

Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,521 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen