“Berpuasa Untuk Sihat Dan Cantik?” 8 Manfaat Berpuasa Pada Tubuh Badan, Yang Perlu Kita Ketahui.

 

Pasti ramai dikalangan kita hanya mengetahui bahawa puasa hanya sekadar menahan rasa haus dan lapar semata-mata. Malahan menjaga adab-adab tatasusila sempena menghormati bulan Ramadhan. Namun, sebenarnya berpuasa memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita. Bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi untuk kecantikan juga.

8 Manfaat yang anda dapat adalah…

1. Meningkatkan sensitiviti insulin.

Insulin ialah hormon yang mengendali kadar gula dalam darah. Insulin dihasilkan oleh pankreas dan berperanan untuk mengubah glukosa dalam makanan yang kita makan.

Insulin akan menukar glukosa itu menjadi tenaga yang akan disebarkan ke seluruh tubuh. Ketika berpuasa, sensitiviti insulin ini akan meningkat.

Ia menjadikan tubuh boleh menoleransi karbohidrat dengan lebih baik. Malah, kadar gula dalam darah juga akan semakin baik!

2. Meningkatkan metabolisme tubuh.

Salah satu kebaikan berpuasa ialah ia mampu membenarkan sistem pencernaan kita berehat sekejap. Almaklumlah, 11 bulan sistem ini bekerja keras untuk mengolah makanan yang kita makan selama 24 jam.

Jadi apabila ia boleh “berehat” sekejap, maka, metabolisme tubuh juga dapat berfungsi dengan lebih baik untuk membakar kalori.

Jangan tak tahu, tapi berpuasa sebenarnya mampu menyihatkan usus dan pencernaan!

3. Buat individu lebih panjang umur.

Sebuah kajian mendapati, individu yang makan sedikit memiliki harapan untuk hidup lebih lama. Hal ini berkaitan dengan metabolisme yang meningkat ketika kita berpuasa.

Proses metabolisme yang lambat kerana kerap makan akan menjadikan kesan penuaan jadi lebih cepat!

4. Bijak mengendali rasa lapar.

Salah satu kebaikan berpuasa yang kita tidak sedar ialah ia membantu anda mengendali rasa lapar.

Bayangkan, ketika berpuasa, kita tidak makan atau minum selama lebih dari 12 jam. Padahal kalau tidak berpuasa, 3-4 jam saja kita sudah rasa lapar, kan?

Berpuasa sebenarnya membantu mengatur hormon yang bertanggungjawab untuk beri rasa lapar. Sebab itu ketika puasa, kita akan rasa lapar hanya bila tubuh betul-betul memerlukan makanan.

5. Memperbaiki pola makanan.

Bagi anda yang ada masalah gangguan pola makanan tak teratur atau berlebihan, puasa boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut. Seperti makan pada waktu maghrib, supper dan sahur.

6. Meningkatkan fungsi otak.

Kebaikan berpuasa yang paling tidak diduga ialah ia mampu meningkatkan pengeluaran protein BDNF (brain-derived neurotrophic factor) di otak.

BDNF ini fungsinya untuk mengatifkan sel induk dalam otak. Ia kemudiannya menjadi sel saraf baru lalu meningkatkan kesihatan sistem saraf.

7. Meningkatkan sistem imun badan.

Ketika berpuasa, tubuh mengurangkan radikal bebas yang boleh masuk dari makanan. Ketika tubuh berehat dan proses percernaan berjalan, ia mampu mencegah pembentukan sel kanser!

Hasilnya, sistem imun badan anda akan jadi lebih kuat untuk lawan jangkitan atau bakteria.

8. Mengatasi jerawat.

Siapa sangka, kebaikan berpuasa juga dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih bersih dan tanpa jerawat!

Ini kerana ketika tubuh berehat dari proses mencerna makanan, sistem keremajaan kulit akan bekerja lebih keras untuk menjaga kesihatan kulit.

Image result for jerawat
Kredit: DetikHealth

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,293 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen