Antara Peristiwa Penting Berlaku Dalam Sejarah Ramadhan, Yang Boleh Kita Jadikan Iktibar.

 

Ramadhan sering dibayangi dengan keletihan dan kelaparan kerana tidak makan dan minum pada siang hari. Namun, sejarah membuktikan sebaliknya.

Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku semasa bulan Ramadhan. Ia menunjukkan bahawa puasa bukanlah sebab umat Islam menjadi lemah. Berikut adalah beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan:

1. Perang Badar al-Kubra.

Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun kedua Hijrah. Ia adalah peperangan pertama umat Islam. Lebih menarik lagi peperangan ini turut disertai oleh malaikat.

Peperangan ini berlaku kerana Rasulullah SAW merampas kembali harta yang telah dicuri pihak Musyrikin Quraisy dan diniagakan di Syam.

Tentera Islam yang hanya berjumlah 313 orang telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1000 orang. Peperangan hanya berlangsung selama dua jam sahaja. Tentera musuh ada yang berlari menyelamatkan diri, ada yang ditawan, dan harta mereka pula ditinggalkan.

Pada masa inilah Abu Jahal terbunuh walaupun dia dikawal ketat oleh orang-orangnya.

2. Pembukaan Mekah.

Tarikhnya ialah pada 20 atau 21 Ramadhan pada tahun kelapan Hijrah. Pada masa itu, Baginda memasuki Kaabah dan membersihkannya dengan menghancurkan berhala-berhala yang dibina di situ. Rasulullah menyebut firman Allah dari surah al-Israa’ ayat 81 yang bermaksud:

“Dan katakanlah yang benar itu sudah datang dan yang palsu segera menghilang, sebab kepalsuan itu pasti akan lenyap.”

Peristiwa itu sendiri oleh pihak Quraisy yang sejak zaman nenek moyang mereka menyembah berhala. Selepas Kaabah dibersihkan daripada binaan berhala, Bilal pun mengalunkan azan. Kemudian mereka solat berjemaah dengan diimamkan oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW tinggal di Mekah selama 15 hari dan dalam tempoh itu, Baginda mengajar penduduknya mendalami ilmu agama. Turut diberi tanggungjawab adalah para pendakwah.

Image result for pembukaan mekah
Kredit: KembaraUmrah

3. Pembukaan Andalus.

Thariq bin Ziyad ialah nama penting dalam pembukaan Andalusia (Sepanyol). Peristiwa ini berlaku pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah. Thariq bin Ziyad merupakan panglima handal di bawah kerajaan Umayyah.

Setelah Andalusia ditakluki, rakyatnya hidup lebih aman kerana mereka dibebaskan oleh pemimpin zalim yang sebelum ini memerintah mereka. Itulah sebabnya Islam mudah diterima oleh penduduk asal tanah yang ditaklukinya.

4. Perang ‘Ain Jalut.

Menurut sejarah, Tartar pernah menyerang umat Islam sebanyak dua kali termasuk semasa umat Islam di bawah pimpinan Abbasiyyah yang menyebabkan kejatuhan Baghdad. Pembunuhan umat Islam oleh tentera Tartar akhirnya terhenti melalui peristiwa penting di bulan Ramadhan iaitu peperangan ‘Ain Jalut.

Peperangan bertarikh 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah ini adalah peperangan yang berjaya menumpaskan tentera Tartar yang sekali lagi cuba menakluki tanah Islam. Kali ini sasarannya ialah Mesir.

Tartar yang sebelum itu angkuh dengan kejayaan demi kejayaan dalam peperangan akhirnya tumpas kepada tentera Islam di bawah pimpinan panglima hebat, Saifuddin Qutuz.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen