Sebab Tak Tahu Asal Tujuan Perkahwinan, 5 Faktor Ini Menjadi Punca Anak Muda Tak Sabar Nak Kahwin.

 

Siapa sahaja dikalangan kita yang tidak ingin berkahwin? Setiap individu pasti inginkan pengakhiran hidup dengan kebahagiaan bersama orang tercinta. Malah sehingga ke Syurga.

Perkahwinan itu sememangnya indah sekiranya pasangan suami isteri tahu bertoleransi. Bahkan tahu sebuah perkahwinan itu bertujuan untuk apa asalnya.

Bukan semata-mata untuk menurut hawa nafsu…

Bukan untuk mengejar harta benda…

Bukan melihat paras rupa sahaja…

Dan bukannya untuk zuriat semata-mata…

Namun, anak muda zaman sekarang semuanya seolah-olah tidak sabar nak kahwin, tengok orang lain kahwin, dia pun sama nak kahwin. Tengok orang lain dapat berpegang tangan, hatinya meronta untuk berpasangan dan berpegangan tangan. Lantas dipaksa ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan.

Mereka sentiasa rasa tak sabar nak kahwin, dan menyagka perkahwinan itu indah kerana…

1. Hubungan dah halal.

Ini adalah sebab utama anak muda menjadi tidak sabar nak kahwin. Mereka mudah terpengaruh dengan individu-individu yang mencipta kebahagiaan di laman sosial seperti facebook dan Instagram. Maka, berebut-rebutlah mereka untuk berkahwin kerana mengejar momen-momen manis tersebut.

Hubungan dah halal, boleh lah berpeluk sakan di khalayak orang ramai. Tidak perlu sembunyi. Itulah anggapan mereka.

2. Sentiasa berdua ke mana sahaja.

Dan anak muda merasakan saat perkahwinan itu sweet dan indah kerana akan sentiasa berdua ke mana sahaja. Bila hubungan dah halal, sudah pasti akan menjadi seperti belangkas. Dan sebelum memiliki anak, mahu menghabiskan masa berdua dengan sepuas hati.

Namun, sebenarnya tidak lah sepanjang masa pasangan suami isteri itu berdua. Pasti ada masa akan berpisah sementara. Jangan terlalu mengharap.

3. Boleh bermesra tanpa halangan.

Hal ini adalah anggapan yang paling biasa bagi anak muda. Bila hubungan sudah halal sahaja, mereka menganggap boleh bermesra tanpa halangan. NO LIMIT. Bukan sahaja secara realiti, malah di sosial media juga ingin mempamerkan adegan romantik mereka secara berleluasa.

Mereka menjadikan laman sosial media untuk dipertontonkan adegan tersebut tanpa segan silu. Inilah yang membuat mereka menjadi tidak sabar sebenarnya.

4. Tidur pun ada teman.

Antara sebab utama anak muda tidak sabar untuk berkahwin adalah adanya teman ketika tidur. Ini yang dikatakan berkahwin kerana nafsu semata-mata. Berkahwin untuk mengelakkan maksiat dan zina, padahal setelah berkahwin masih boleh berlakunya zina dan seumpama dengannya.

Berkahwin lah kerana mahu mencari barakah Allah, bukan untuk menurut nafsu semata-mata.

5. Ada teman untuk meluahkan perasaan.

Anak muda sentiasa merasakan perkahwinan adalah penyelesaian hidup mereka adalah adanya teman untuk meluahkan perasaan. Mereka dapat menjamin pasangan boleh menjadi pendengar yang setia untuk selamanya.

Namun, sebenarnya mereka silap.

Dalam perkahwinan kadang-kala tidak semuanya yang dirancang akan terjadi. Dalam perkahwinan juga pasti ada ujian. Dan ujian tersebut untuk kita sentiasa ingat kepada-Nya. Untuk kita sedar bahawa semuanya daripada Allah SWT.

Jangan tergopoh-gopoh untuk berkahwin hanya menyangka perkahwinan itu sentiasa indah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen