“Untuk Menjadi Seorang Suami Dan Bapa, Perlu Bersiap Sedia ‘Berperang’ Menguruskan Rumah Tangga..” Ikuti Nasihat Lelaki Ini.

 

Di awal perkahwinan lelaki perlu bersiap sedia untuk menjadi suami kepada isterinya yang tercinta. Apabila sudah memiliki anak, suami perlu bersedia untuk menjadi seorang bapa pula. Setiap gelaran tersebut ada tanggung jawab tersendiri untuk dilaksanakan. Bukan semua tugas untuk isteri semata-mata.

Terutamanya pada zaman sekarang, semua tugasan perlu diagihkan sama rata bersama isteri kerana isteri juga sedaya upaya mencari rezeki jika dibandingkan dengan zaman dahulu.

Seperti perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini, para  lelaki perlu tanya pada diri sendiri, adakah sudah bersedia untuk menanggung tanggung jawab sebagai suami?

********

"Sebelum nak jadi suami, tanya diri sendiri, dah bersediakah kita JIKA..."

Kita balik setelah seharian bekerja, buka pintu rumah tetapi isteri tidak sempat nak masak sebab anak buat perangai, anak merap, nak melekat berdukung sahaja dengan isteri smpai dia tak boleh nak buat apa-apa  kerja...

Baju pula bertimbun dalam bakul, rumah bersepah dengan mainan, anak-anak yang lain tak mandi lagi...

Adakah kita mampu mempamerkan senyuman lalu terus ke dapur untuk memasak atau keluar membeli dan membungkus makanan?

Adakah kita akan menyinsing lengan baju kita lalu memandikan anak-anak kita?

Adakah kita akan mengemas rumah, mengutip satu persatu mainan anak-anak kita dan meletakkan ditempat yang sepatutnya?

Adakah kita akan membasuh baju dan menggantungkannya di ampaian?

Adakah kita akan melipat pakaian tersebut yang telah siap dicuci?

Atau kita biarkan sahaja dengan menganggap bahawa itu adalah kerja isteri?

Nanti dia dah free, baru dia buat?

Atau kita tanya isteri,

"Kenapa tak masak lagi, kenapa tak kemas rumah lagi, kenapa baju-baju tak basuh lagi, kenapa anak2 tak mandi lagi, apa yg awk buat kat rumah hari ini?"

Jika kita tidak bersedia utk bersama-sama "berperang" menguruskan rumahtangga, menguruskan anak-anak, maka JANGAN KAWIN LAGI...

Sebab hanya orang yang tahu apa itu tanggungjawab, apa itu tolak ansur, apa itu keperluan untuk saling memahami dan melengkapi sahaja yang layak utk MENDIRIKAN RUMAHTANGGA dan rumahtangga yang di dirikan nya Insya Allah akan bahagia...

Yang dah SET dlm otak, itu kerje isteri, itu dia kena buat sendiri, segala serbi letak atas bahu isteri, biar dia tanggung dan hadap sendiri, maka TOLONG KEKAL MEMBUJANG...

Jangan kahwin...awak tak sesuai untuk "hidup" dalam alam rumahtangga...

********

Semoga Bermanfaat Dan Semoga Berfikiran Rasional Dengan Mengetahui Tujuan Asal Untuk Berkahwin!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,265 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen