Lelaki Ini Kongsikan Para Ibu Bapa Perlu Ada 4 Tabung Penting Ini Untuk Anak-Anak.

 

Perancangan kewangan sangat penting, terutamanya selepas berkahwin. Bukan sahaja merancang kewangan untuk berdua sahaja seperti waktu bujang, tetapi suami isteri perlu merancang untuk anak-anak juga.

Dan di awal perkahwinan juga, pasangan suami isteri sudah patut mula merancang 4 tabung penting untuk anak-anak iaitu tabung pendidikan, perubatan, kecemasan dan perasaraan supaya cerah masa depan anak-anak.

Saudara Mohd Fhais telah berkongsi tentang 4 tabung penting tersebut…

********

Image may contain: 3 people, people smiling, selfie and closeup

1 - Tabung Pendidikan.

Kos sambung belajar sekarang bukan murah. Sambung diploma pun boleh cecah 40-50 ribu satu pengajian. Ini sekarang punya kadar, 5 - 10 tahun akan datang tak mustahil kos jadi 4-5 kali ganda naik. Simpan atau melabur tu terpulang, janji ada tabung pendidikan anak-anak.

2 - Tabung Perubatan.

Masa sihat, masa kuat bekerja ni kena rajin menyimpan. Tabung perubatan ni berguna bila dah sakit nanti. Penyakit nak datang tak bagi salam, tup tup datang je. Datuk LCW yang sihat cergas tu pun boleh kena kanser ini kan pula yang tak pernah bersenam. Lagi tinggi risiko sakitnya. Kos perubatan pun bukan murah, sakit jantung sahaja kalau nak buat bypass kos dia 50k++ tau. Hospital kerajaan atau swasta tetap kena bayar.

3 - Tabung Kecemasan.

Masa darurat masa kita terdesak, tabung kecemasan ni la penyelamat kita. Musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Kereta boleh rosak, saluran paip rumah boleh bocor atau terlibat dengan kemalangan, tabung kecemasan la first aid kita. Teringat pepatah ni,

"Perkara yang tak di jangka boleh berlaku masa kita tak jangka ia akan berlaku."

4 - Tabung Persaraan.

Tabung persaraan ni penting. Nak bersara cara bergaya atau bersara cukup-cukup makan. Tepuk dada tanya selera. Walau pada masa ini epf ada 50 ribu sekali pun, 10 tahun akan datang 50 ribu ni ada susut nilai. Inflasi setiap tahun purata 4%, kalau 50 ribu tolak inflasi 10 tahun bersamaan dengan inflasi 40%. Jadi nilai yang tinggal 50k-40% sama dengan 30k sahaja.

Nak menyimpan mesti mula dari sekarang. Masa komitmen masih rendah. Anak-anak masih kecil, bila anak dah besar nanti komitmen pasti bertambah amaun yang boleh di simpan pasti berkurangan.

Semoga bermanfaat.

Mohd Fhais

Bukan pakar kewangan tapi perunding hayat keluarga.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen