Bagaimana Untuk Semak Harga Pasaran Rumah? Ikuti Perkongsian Ini.

 

Tidak ramai dikalangan kita mempunyai ilmu tentang hartanah terutamanya rumah. Ada yang beranggapan ia hanyalah sebagai tempat perteduhan sahaja. Hal ini terjadi berkemungkinan kerana kurangnya pendedahan tentang hartanah daripada kedua ibu bapa, ataupun diri sendiri yang tiada inisiatif untuk mencari ilmu tersebut.

Sekiranya ada sebahagian kita mahu tahu daripada siapa untuk semak harga pasaran rumah, ikuti perkongsian daripada saudara Azizul Azli ini…

********

Image may contain: bedroom and indoor

Cara Semak Harga Pasaran Rumah?

1. MELALUI JIRAN.

Manfaatkan group whatsApp untuk tanyakan jiran rumah sekitar yang baru terjual.

2. MELALUI EJEN HARTANAH.

Mereka lebih tahu harga pasaran disekitar taman kita, pengalaman menjual mereka sangat membantu.

3. MELALUI JURUNILAI BERDAFTAR.

Mereka ini paling pakar, lantik mereka untuk sediakan valuation report. Laporan mereka paling tepat biasanya.

4. MELALUI BANK.

Singgah di bank dan tanyakan. Pastikan ada alamat penuh, keluasan, gambar, jenis kediaman.

5. MELALUI PORTAL BRICKZ. MY

Boleh dapat gambaran harga disini. Jika nak lengkap perlu berlanggan website ini.

6. MELALUI IKLAN RUMAH DIJUAL.

Semak dengan agen yang iklankan rumah dikawasan anda. Boleh juga lihat iklan rumah dikwasan itu di website mudahmy, iproperty, propertyguru dan lain tempat.

7. MELALUI RUMAH LELONG.

Harga rumah lelong biasa dibawah harga pasaran, harga pasaran pastinya lebih tinggi dari reserved price lelongan itu.

Pemaju banyak jual rumah melebihi harga pasaran sebenarnya. Hati hati kawan.

Pembelian yang baik adalah 10%-20% dibawah harga.

#TabungRumah

********

Semoga bermanfaat dan dipermudahkan untuk membeli rumah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen