“Kalau Masalah Rumah Tangga Tak Boleh Selesai Juga, Carilah Ibu Bapa Sebagai Alternatif Terakhir..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Ramai dikalangan suami isteri beranggapan, ibu bapa adalah pihak ketiga yang tidak patut mencampuri urusan rumah tangga mereka sekiranya berlaku pergaduhan. Dan anggapan buruk ini berterusan sehingga menyangka ibu bapa menjadi asbab keretakan rumah tangga.

BUKAN!

Ada cara yang betul untuk menyelesaikan hal rumah tangga, dan langkah-langkah tersebut adalah dimulakan dengan anak-anak, kemudian sehabis baik selesaikan masalah berdua dengan pasangan dahulu, akhirnya ibu bapa sebagai individu yang berpengalaman seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa….

********

Image may contain: text

Bila saya dan isteri ada masalah, kami utamakan urusan keluarga dulu kemudian kami selesaikan pula hal kami ini.

Lumrah berumahtangga begitulah. Kadang ada perkara yang kami berdua tak faham, yang tak tahu bagaimana mahu diselesaikan.

Baik, inilah caranya jika suami dan isteri mula didalam masalah dan jika bergaduh.

1. Yang pertama, uruskan anak-anak sehingga cukup semuanya.

2. Balik kerja, kalau sempat masakkan makan malam untuk mereka, mandikan mereka, solat berjemaah sekali dengan mereka, dan pastikan tidur lena.

3. Selepas itu, baru saya dan isteri putuskan bagaimana. Jika masih gagal di dalam rumah, baik! Jom keluar ke suatu tempat atau mana-mana yang boleh singgah.

4. Nak bertumbuk. Nak hantuk. Nak ketuk. Hanya kami berdua sahaja yang selesaikannya. Ibu dan bapa, ahli keluarga tidak kami libatkan.

5. Walau marah atau tak puas hati macamana, hanya kita berdua. Jika tidak selesai juga, baru kami berdua akan hubungi ibu bapa masing-masing untuk tanya pendapat dan nasihat. Ibu bapa ada berkat.

Kadang hanya sehari, kadang juga dua ke tiga hari, malah lebih 'mengade' berminggu bermasam muka.

Inilah Rumahtangga.

Realitinya hidup dua manusia.

Perjalanannya adalah perkara yang tidak kita diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.

Maka, bersedialah menghadapinya.

Allah ada!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 619,649 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen