Bimbing Pasangan Dalam Menguruskan Kewangan Yang Bijak, Agar Lebih Bahagia Rumahtangga.

 

Hidup dalam alam rumahtangga ini perlu sing berkongsi rasa, perlu saling menyokong antara satu sama lain, bahkan juga perlu saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam hubungan suami isteri ini, tidak boleh hanya mementingkan diri sahaja tanpa memperdulikan pasangan.

Sama juga dengan pengurusan wang, tidak boleh hanya seorang sahaja yang bijak menjaga kewangan dan menguruskan kewangan dengan teratur. Sedangkan yang satu lagi, sibuk membazirkan wang ke arah yang tidak perlu.

Bila anda lihat pasangan anda tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul maka, anda perlu memainkan peranannya. Tak tahu macam mana nak mula? Ini 7 idea yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir macam mana nak bimbing pasangan menguruskan kewangan.



7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Kewangan

Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan hidup kita. Jika suami jenis gila modified kereta je memanjang, isterinya mesti bijak menguruskan kewangan.

Jika isteri asyik beli baju sampai tak muat almari, suaminya mesti power dalam mengawal kewangan.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki jugak tu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak IPhone X, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Hutang peribadi pun tak habis bayar lagi. Ajar dia supaya ada tabiat “delay gratification” iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan asas hidup ni seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone XR, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

***

Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Kalau isteri kau pandai uruskan kewangan kau jangan nak marah ke, kata dia nak tunjuk pandai ke. Jangan macam tu. Sampai bila kau nak berada di takuk lama kan.

Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi, sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang aku tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen