Otak Lelaki Dan Wanita Mempunyai Kapasiti Yang Sama Tetapi Berbeza Sistem & Fungsi, Sebab Itulah Kena Bergabung Antara Satu Sama Lain.

 

Sering kali kita lihat perbezaan diantara lelaki dan wanita. Bahkan masing-masing sentiasa mempertahankan diri masing-masing dengan mereka ini tidak mampu memahami antara satu sama lain. Walaupun hati memiliki perasaan yang sama, tetapi tetap sahaja mereka ini akan mempunyai sedikit perbezaan.

Pergaduhan dan ketidaksefahaman antara jantinan ini sememangnya tidak akan habis. Mana tidaknya, setiap apa yang dikatakan pasti akan ada kata bantahan yang tersendiri. Menurut perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop, lelaki dan wanita mempunyai kapasiti otak yang sama tetapi miliki fungsi yang berbeza. Mari ikuti perkongsiannya.



Aku baca satu buku tentang kajian perbezaan otak lelaki dan wanita.

Kajian menunjukkan bahawa wanita dan lelaki mempunyai kapasiti otak yang sama, tetapi dengan sistem dan fungsi yang berbeza.



Otak lelaki berbentuk folder.

Otak wanita berbentuk wayar.

Otak lelaki ni macam kotak-kotak kosong. Setiap kotak ada folder khas untuk setiap perkara yang berbeza dan kotak ini langsung tidak bersentuh antara satu sama lain.

Manakala otak wanita pula macam wayar. Wayar ini pula sentiasa bersentuhan dengan setiap satunya menghasilkan memori yang saling kait mengait.

Jenis otak lelaki seperti ini menyebabkan mereka mempunyai keupayaan 'mengosongkan' minda.

Jenis otak wanita seumpama itu menjadikan mereka suka 'overthinking'.

Bila lelaki ada masalah, dia akan keluarkan folder masalah yang berkenaan.

Bila perempuan ada masalah, dia kena cari puncanya dari jalinan wayar-wayar yang berselirat tadi.

Sebab tu lelaki lebih kool.

Sebab tu perempuan senang serabut.

Lelaki akan menikmati hidup seluruhnya pada masa itu.

Perempuan akan fikir untuk 10 tahun akan datang.

Lelaki cuma bincang masalah yang sedang jadi pada waktu ini.

Perempuan akan memunculkan semula memori 14 tahun lepas dan merentas masa ke14 tahun akan datang.

Lelaki ada masalah mengaitkan satu isu dengan isu lain.

Perempuan ada masalah memberi fokus pada isu.

Jadi, salah ke?

Tak salah.

Biasa la. Itu la uniknya.

Dua benda ni bila digabungkan akan menghasilkan satu hasil fikiran yang FOKUS tapi BERPANDANGAN JAUH.

Tapi, syaratnya itulah.

Kena gabung.

Nak gabung otak dengan orang yang pemikirannya berbeza dari kita bukan senang.

Habis nak buat macamana?

Takda nak buat apa.

Aku nak suruh baca je.

Lepas tu pandai-pandailah.
Haha.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,010 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen