Masalah 'Mandul' Bukan Hanya Salah Wanita, Tetapi Lelaki Juga Turut Terlibat.

 

Keinginan sesiapa sahaja yang sudah berkahwin untuk memiliki anak darah daging mereka sendiri dan itulah menjadi tanda kasih sayang antara pasangan suami isteri itu. Namun begitu, setiap yang dirancang itu tidak semestinya menjadi seperti yang dirancang, kerana kita hanya sekadar manusia biasa sahaja.



Baik lelaki ataupun perempuan kedua-duanya mempunyai kemungkinan untuk berdepan dengan masalah ketidaksuburan ini. Jadi apabila pasangan anda berdepan dengan masalah sebegini, apa kata cuba untuk dapatkan rawatan dari pihak yang lebih pakar. Sedikit perkongsian daripada Public Health Malaysia mengenai masalah mandul yang sering menjadi ketakutan oaring ramai.


“Aishah mandul mak!! Anak mak ini mandul!!”

“Kalau bukan abang Madi yang sanggup memperisterikan Aishah siapa lagi!!”


Itu antara dialog dalam siri drama popular Nur 2, yang telah melabuhkan tirainya minggu lalu.

Ikuti kupasan ringkas PHM mengenai isu yang menjadi masalah bagi 5% pasangan di seluruh dunia ini.

Definasi
Bagi istilah perubatan, mandul dinyatakan sebagai ketidaksuburan.

Bagi wanita dibawah umur 35 tahun, ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk hamil selepas 1 tahun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagi wanita berumur 35-40 tahun, ia ditakrifkan sebagai ketidakupayaan wanita untuk hamil selepas 6 bulan melakukan hubugan seks tanpa perlindungan.

Lelaki atau wanita?

Walaupun dalam masyarakat kita lebih suka mengaitkan masalah ini dengan wanita, sebenarnya faktor masalah ini adalah seimbang dari kedua dua jantina.

30% punca faktor ketidaksuburan adalah dari lelaki dan 30%lagi adalah berpunca dari wanita.

Baki 40% kes disebabkan oleh gabungan faktor lelaki dan wanita atau kemandulan yang "tidak dapat dijelaskan", dimana semua ujian gagal untuk mengenal pasti punca masalah.


Apa Punca Masalah Ini?

Punca masalah ini boleh dikaitkan dengan banyak faktor seperti,

- Struktur anatomi yang tidak normal

- Masalah hormon dan metabolik

- Umur

- Jangkitan

- Gaya hidup (seperti merokok),

- Genetik

Isu Kesihatan Mental dan luka yang lebih besar kepada pasangan..

Ketidaksuburan mempunyai kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental. Aspek fizikal, emosi, seksual, rohani, dan kewangan kehidupan seseorang semuanya terjejas.

Masalah mental yang biasa dialami adalah gejala kegelisahan dan kemurungan.

Satu kajian yang melibatkan 200 wanita yang mengalami masalah ini mendapati 15% dari responden merasakan masalah ini merupakan antara perkara yang paling mengecewakan dalam hidup mereka.

Masalah ini juga menyebabkan seseorang individu berasa kurang keyakinan, keinginan dan meruntuhkan motivasi.

Hubungan intim antara pasangan juga terjejas, ia bukan lagi suatu yang menyeronokkan. Mereka lebih memikirkan mengenai hasil hubungan intim dari kemesraan semasa melakukan hubungan.

Pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan mungkin sering mengelakkan interaksi sosial dengan rakan-rakan dan keluarga.

Terasa berat untuk pergi ke majlis majlis keluarga dan kenduri kendara ,terlalu banyak serangan makcik bawang yang bertubi tubi dipersoalkan.

Rawatan

Terdapat kira-kira 40 cara untuk merawat kemandulan. Sekitar 85% hingga 90% pesakit dirawat dengan kaedah konvensional, termasuk nasihat mengenai masa persetubuhan, terapi farmakologi untuk menggalakkan ovulasi atau mencegah keguguran, dan pembedahan untuk memperbaiki organ pembiakan.

Hanya kira-kira 3% pesakit yang menggunakan teknologi pembiakan dibantu lebih maju seperti persenyawaan in vitro (IVF).

Proses rawatan juga suatu perkara yang mencabar buat pesakit. Sesetengah rawatan mempunyai kesan kepada perubahan hormon dan fizikal. Kos rawatan juga agak tinggi bagi sesetengah kaedah.

Secara keseluruhannnya,lebih dari separuh dari pasangan yang mendapat rawatan berjaya menimang cahaya mata. Cabaran berikut adalah untuk menjaga kandungan dan menempuhi fasa kebimbangan sepanjang kehamilan.

Bukan mudah bagi pasangan yang menghadapi dugaan masalah ini. Sebagai masyarakat, janganlah ditambah beban mereka dengan persoalan persoalan yang tidak sensitif.

Beri sokongan dan galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen