Kerap Mudah Lupa Sejak Akhir-Akhir Ini, Awas Mungkin Banyak Toksid Di Otak Anda.

 

Pernah tak sampai satu tahap kita ini mudah sangat terlupa. Hal-hal yang kecil pun kadang kala boleh lupa, inikan pula hal-hal yang penting. Kadang kala kita hanya menganggap bahawa ini adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun, ataupun kadang kala kita beranggapan bahawa ia adalah faktor umur yang membuat kita ini lebih mudah lupa.

Tapi kalau masih muda lagi dan bukan dalam 60an atau 50an, bukankah itu bukan perkara yang normal?

Menurut Dr. Rizal Abu Bakar, jika anda mengalami masalah lupa yang terlalu kerap kemungkinan anda mempunyai banyak toksid di dalam otak. Haa, terkejut bukan?

Mari baca penerangan beliau.



“Pasal apa aku cepat lupa sekarang.”

“Temujanji pun tak ingat.”

"Aku asyik lambat jer kebelakangan ni.”

Ini adalah kenyataan yang biasa menjengah masuk ke ruang mesej saya.

Banyak lagi contoh-contoh lain.

Otak kita seperti tubuh kita juga. Tubuh kita berubah apabila usia meningkat. Badan tidak sekuat dulu.

Kulit tidak seanjal masa muda. Mata tidak setajam masa remaja.

Telinga tidak lagi mampu mencerap bunyi perlahan.

Otak pun sama. Kemampuan memproses menjadi perlahan. Keupayaan mengingat juga menurun.

Cuba semak perkata-perkara berikut:

1- Mudah lupa. Dari sekecil-kecil perkara seperti di mana kunci sehingga sebesar-besar perkara.

2- Terlepas atau terlewat menghadiri temujanji ataupertemuan sosial

3- Hilang tumpuan ketika sedang berbual. Contohnya, fkiran melayang ke topik lain.

4- Semakin sukar untuk membuat keputusan

5- Menjadi semakin impulsif. Keputusan yang dibuat semakin buruk. Buat tanpa fikir,

Ahli keluarga atau kawan perasan perubahan kita

Berapa skor anda.

Adakah ada lebih dari dua yang diatas ?

Sekiranya YA, anda perlu menyemak tahap kesihatan organ terpenting anda- OTAK.

Simptom di atas adalah tanda-tanda seseorang mempunyai masalah dengan Mild Cognitive Impairment.

Bahasa mudahnya ialah otak kita semakin merosot.

Kita melangkah selangkah dekat untuk menjadi nyanyuk.

Sekiranya YA jawapan anda, kemungkinan tempat menyimpan memori anda iaitu hippocampus, semakin mengecil.

Juga memberi maksud, lebih banyak toksid dengan bangganya bertakhta di otak kita.

Kita boleh elakkan perkara ini andai kita lakukan B.E.D.S.



B = Banyakkan senaman. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa asyik senaman?

Ramai yang faham senaman bagus untuk tubuh, Ramai yang kurang tahu senaman adalah powerful tools untuk bangkitkan prestasi otak.

Bersenam lambatkan proses penuaan. Beri nikmat awet muda.

E = Elakkan bau bahan-bahan toksid seperti petrol, cat, gam dan rokok.

Bahan-bahan ini dikenali sebagai. Bahaya kepada otak kerana kesannya boleh lemah dan lembabkan kelajuan otak.



D = Diet – perlu ambil makanan yang sesuai untuk otak.

Fokus kepada makanan yang Allah cipta. Bukan makanan yang manusia buat.

Professor saya di UIA dulu Prof Abdul Majid McKeen selalu berpesan


” Pada setiap makanan yang Allah ciptakan sudah ada kecukupan. Cukup rasanya. Tidak perlu penambahan. Pada tangan manusialah makanan-makanan ini dirosakkkan.”


S = Spiritual : Tingkatkan amalan. Dekatkan diri dengan Pencipta.



Spiritual tingkatkan aktiviti bahagian otak di belakang mata kanan. Namanya temporal lobe. Biasanya gelombang otak lebih murni lebih stabil.

Apabila temporal lobe kanan ini aktif, manusia lebih tenang.

Otak kita tanggungjawab kita.

Andai bukan kita yang menjaga otak kita, siapa lagi?

Sihat itu jihad.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen