9 Perkara Seorang Ayah Kena Buat Segera, Tak Boleh Di Tangguh.

 

Mungkin ada suami-suami yang sedang tersenyum bahagia apabila mengetahui isterinya mengandungkan anak pertama kalian. Ada yang menangis gembira melihat anaknya dilahirkan oleh isteri tercinta.

Ya, semua itu saat menggembirakan si bapa, bahkan sesiapa yang bergelar bapa pasti gembira. Tapi cukup ke sekadar bergembira melihat anak itu lahir dan membesar di depan mata kita? Pasti sebagai bapa kita mahu yang terbaik buat mereka bukan?

Sememangnya besar tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami serta ayah ini. Bertanggungjawab dalam mendidik serta memastikan anak-anak mempunyai masa depan yang cerah adalah satu tanggungjawab yang berat.

Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini, terdapat 9 perkara yang seorang ayah perlu lakukan segera. Jangan berlengah lagi walaupun anak anda masih dalam kandungan.



9 Perkara Seorang Ayah Kena Buat Segera, Tak Boleh Di Tangguh

Sayu betul! bila melihat betapa "susahnya" hidup anak-anak kecil yang telah kehilangan ayah ni. Terkial-kial mereka nak meneruskan hidup selepas itu.

Paling terkesan sekali semestinya si ibu. Terpaksa pikul tugas ibu dan ayah seorang diri. Dah la kena jaga anak sorang-sorang, kena bekerja pula tu. Anak-anak terbiar gara-gara ibu tak "cukup" masa.

Kalau mampu, sediakan la 9 perkara ni segera semasa masih ada kudrat.

1 - Beri didikan agama pada anak

Ilmu agama ni penting, lahirnya anak yang soleh dan solehah. Anak soleh solehah ini la yang akan mendoakan ayahnya di sana nanti. Lagipun anak lelaki kan penganti imam ayahnya.

2 - Membuat amal yang banyak

Amal jariah juga saham akhirat kita. Terutamanya amal jariah pada keluarga sendiri, manfaatnya berganda dari biasa. Anak pun akan kita sampai bila-bila. Itu yang kena kejar.

3 - Mengajar anak berdikari

Dari kecil kena ajar anak berdikari. Ilmu komunikasi, emosi dan akademik tak dapat mahir, asas mesti kena ada. Supaya dia tak terlalu menyusahkan ibu dia nanti.

4 - Selesaikan hutang

Hutang tak hilang lepas mati. Baik yang meminjam atau yang bagi pinjam, sebaiknya selesaikan secepat mungkin. Kalau tak dapat sediakan duit tunai, sediakan hibah takaful untuk selesaikan hutang.

5 - Sediakan duit banyak untuk anak-anak

Mesti ada sediakan duit yang banyak untuk anak-anak teruskan hidup tanpa kita. Itu amanah. Duit ni gunanya untuk pendidikan, sara diri dan makan pakai mereka.

6 - Sediakan tempat tinggal yang selesa

Tempat tinggal mesti ada. Kalau tak ada mana anak nak tidur, tinggal dan berehat. Jika rumah sewa, sediakan dana untuk isteri sambung bayar sewa bulanan. Jangan abaikan, ini penting!

7 - Buat hibah semua simpanan dan harta

Kalau ada harta atau simpanan buat hibah siap-siap. Jika tak hibah semua tu akan jadi harta pusaka, bila dah jadi harta pusaka boleh jatuh faraid. Bertahun-tahun isu faraid ni tak selesai, kesian anak bini turun naik mahkamah.

8 - Ilmu yang bermanfaat

Ilmu bermanfaat ni paling bermakna bila di turunkan pada anak sendiri. Selain sedekah ilmu, anak pun dapat manfaat dalam hidup dia. Semakin berguna ilmu tu, semakin besar manfaat si ayah dapat.

9 - Sediakan tabung kecemasan

Tabung kecemasan ni penting supaya anak isteri tak terpaksa meraih simpati orang lain untuk meneruskan hidup. Kos perubatan, kos sara hidup, kos pendidikan semua akan naik setiap tahun, sebaiknya tabung kecemasan boleh mampu tampung hidup mereka untuk 10 tahun akan datang.

Tak dapat sediakan semua sediakan sedikit pun dah memadai. Yang akan di hitung satu hari nanti bukan berapa jumlah duit yang di simpan tapi usaha seorang ayah berkorban kudrat memastikan masa depan anak bini itu terjamin yang di titik beratkan.

Tanggungjawab anak tamat bila mak ayah dia meninggal, tapi tanggungjawab mak ayah tak pernah hilang selagi anak masih hidup.

Mohd Fhais
Ya Tuhan, Bantulah permudahkan segala urusan semua Ayah yang berusaha mencari rezeki demi anak-anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,587 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen