Haram Dan Berdosa Suami Dayus Yang Membiarkan Isteri Tidak Menutup Aurat, & Berhias Secara Berlebihan Tanpa Teguran.

 

Sebagai seorang suami, kita bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik isteri kita ke arah yang lebih baik. Jika sebelum berkahwin dengan kita dia seorang yang jarang menutup aurat, maka selepas berkahwin dia sudah mula menjinakkan diri untuk menutup aurat. Itu barulah namanya bimbingan seorang suami yang bertanggungjawab.

Tapi ada sahaja suami-suami yang menyokong isteri-isteri mereka ini tidak menutup aurat, berhias berlebihan bukan untuk suami dan pelbagai lagi lah. Bukankah dayus kita sebagai seorang suami membiarkan isteri sebegitu tanpa teguran?



Mari kita lihat keterangan Ustaz Farid Rashidi mengenai perkara ini.

"Tapi, ada suami yang suka bila isterinya make-up, pakai seksi-seksi, macammana tu?" Tanya seseorang, samaada mahukan jawapan kepastian, atau sengaja bertanyakan soalan.

"Suaminya dayus."

Ya, itulah jawapannya. Bukan saya yang kata tau, tapi saya menyampaikan apa yang Islam ajarkan. Apa yang Allah SWT dan RasulNya sebut. Apa yang alim ulama' sampaikan.

Betul, ada suami jenis tak kisah dan seronok bila isterinya berhias-hias (bertabarruj), berpakaian seksi dedah aurat di luar. Suka bila kawan-kawannya tengok isteri kononnya cantik bak bidadari. Gembira bila ada yang memuji isterinya itu jelita.

Aduhai!

Dia langsung tak ada perasaan cemburu. Sengaja biarkan isteri dan anak perempuan bergaul dengan lelaki. Bebas!

Sedihkan bila dapat suami yang begitu. Seronok melihat kaum keluarganya terjebak dalam perkara mungkar. Allahu.

Tapi, bila isterinya kena kebas dengan lelaki lain, tahu pula menggelabah macam biawak komodo.😏

Apa Islam Kata Tentang Dayus?

Maksud dayus ialah: "Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).


Menurut tafsiran Ibn Hajar al-Haitami: "Dayus adalah apabila seseorang itu mengiyakan perbuatan keji seperti zina kepada keluarganya. Antara tandanya, dia tidak kisah siapa yang menemui kaum keluarganya atau isterinya.
Lihat al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kabair (2/347)


Berkata Imam Al-‘Aini: "Cemburu lawannya dayus."


Berkata pula An-Nuhas: “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram."

Dalilnya melalui hadis:

ثَلَاثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخَبَثَ
Daripada Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Tiga golongan yang telah diharamkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu penagih arak, orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya."
[Hadis Riwayat Ahmad, no. 5372]

Imam al-Munawi berkata, maksud al-Dayus (الديوث) dalam hadis di atas ialah orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya. Iaitu isterinya dan termasuklah juga kaum kerabat terdekatnya. Manakala “kejahatan” (الخبث) yang disebutkan hadis di atas termasuklah zina, dengan tiada cemburu ke atas mereka.
[Lihat Faidh al-Qadir oleh al-Munawi (3/319)]

Jadi, apa hukum suami dayus?

Hukumnya haram dan berdosa. Ini yang disebutkan ulama' dalam satu athar:

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
"Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)."
[Lihat Matalib uli nuha, 5/320]

Wallahhu a’lam.

MasyaAllah Tabarakallah. Sangat ngerikan. Menggerunkan.

Apapun, jom sama-sama tolong share pesan ini kepada para lelaki dan perempuan yang 'mahu' baca artikel ini.

InsyaAllah nanti kita sambung bab suami sengaja membiarkan isterinya dizinai lelaki lain pula. 😰

#UFR

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen