8 Sebab Kenapa Anda Susah Sangat Nak Move On Selepas Putus Cinta.

 

Heartbroken!

Putus cinta!

Pasti ramai dikalangan kita mengalami situasi begini, kan? Untuk mengenali hati budi si dia sanggup menghabiskan masa selama bertahun-tahun tetapi akhirnya tidak sampai sehingga ke jinjang pelamin. Punah.

Pelamin Anganku Musnah, bak kata pepatah melayu.

Namun, setiap individu mengambil masa yang berbeza untuk move on setelah putus cinta dimana mengikut daya masing-masing. Akan tetapi sebenarnya diri sendiri yang memerangkap diri untuk sukar move on kerana…

1. Asyik dengar lagu dan menonton drama sedih.

Bila dah putus cinta, habis semua lagu sedih diputarkan. Bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali disamping meratap kehidupan. Sehingga setiap bait lirik lagu tersebut anda hafal dan mula menjadi penulis lirik di dairi.

Malahan, setiap masa mahu menonton drama sedih terutamanya k-drama.

Image result for watching sad drama gif
Kredit: MyDramaList

2. Asyik menangis.

Apabila sudah asyik mendengar lagu dan menonton drama sedih, sudah pasti air mata menjadi teman. Ketika ini air mata dengan diri anda seperti sudah menjadi bff, tidak boleh dipisahkan. Kemudian, setiap apa jua anda lakukan pasti menangis…

Related image
Kredit: WeHeartIt

Nak makan menangis…

Nak mandi menangis…

Nak buat kerja menangis….

Nak siram pokok menangis…

Termenung pun boleh menangis..

3. Lupa berdoa pada Tuhan.

Terlalu kerap menangis dan meratap diri sehingga terlupa pada Ilahi. Anda lupa untuk solat dan bersujud dengan alasan takut tidak khusyuk ketika mengadap Ilahi. Takut kalau menangis teresak-esak akan membatalkan solat. Takut salah sebutan ayat-ayat al-Qur’an dan pelbagai alasan lagi.

Related image
Kredit: Nu

4. Terperap dalam bilik sahaja.

Anda juga susah nak move on kerana disebabkan asyik terperap di dalam bilik. Kadang-kadang nak pergi makan atau mandi pun malas. Terlalu meratap nasib sehinggakan tiada tenaga untuk pergi kemana-mana jadi memang tidak hairan sekiranya anda sukar untuk bangkit.

5. Sentiasa membandingkan hidup dengan orang lain.

Anda seolah-olah terlalu mempersoalkan takdir dengan membandingkan hidup dengan orang lain. Anda menjadi seorang yang terlalu paranoid dan tidak boleh menerima hakikat kenapa anda putus cinta. Anda mempersoalkan kenapa kehidupan anda tidak bahagia seperti orang lain.

6. Tidak berkongsi masalah.

Apabila anda memencilkan diri dan terperap di dalam bilik sahaja, anda menjadi takut untuk berkongsi masalah dengan orang lain, apatah lagi dengan sahabat baik. Anda lebih suka berdiam diri dan tidak berkongsi masalah.

7. Tidak redha dengan ketentuan Allah SWT.

Apabila anda tidak dapat menerima hakikat anda sudah putus cinta, sudah tentu anda seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Allah SWT. Sebenarnya, permulaan untuk move on adalah dengan dapat menerima hakikat, kemudian redha dengan ketentuan-Nya, baru lah mudah nak move on.

8. Tidak yakin pada diri.

Image result for broken heart gif
Kredit: Rebloggy

Dan yang paling utama kenapa anda sukar nak move on setelah putus cinta adalah kerana anda tidak yakin dengan diri anda sendiri dapat bangkit dan melupakan si dia. Anda asyik terkenang segala memori bersama si dia, dan hanya menganggap dia sahaja yang dapat memberi kebahagiaan, tetapi sebenarnya kebahagiaan itu anda perlu cari dari Allah SWT.

Beringatlah kita sebagaimana dengan firman Allah SWT ini yang bermaksud;

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Thagabun : 11)

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen