“Jangan Suka Sangat Komen Rumah Tangga Orang Lain, Jagalah Rumah Tangga Sendiri..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Ketika kita sedang berseronok menjaga tepi kain orang lain, dalam masa yang sama ada juga segelintir individu sibuk mengata tentang kita. Oleh sebab itu, untuk menjadi insan yang baik perlu menjaga aib orang lain antaranya kisah rumah tangga.

Kisah rumah tangga adalah kisah suami isteri yang tidak perlu dihebohkan pada orang ramai terutamanya aib ataupun keburukan pasangan.

Sebagai contoh ketika adanya pasangan suami isteri sedang mengalami perpisahan atau perceraian, kita pula yang sibuk komen perihal rumah tangga pasangan tersebut seolah-olah rumah tangga sendiri tidak pernah berlakunya pergolakan.

Malah, sehingga menganggap rumah tangga sendiri sempurna dan mula menasihati orang ramai melalui dakwah atau memberi motivasi. Terlalu mengagung-agungkan rumah tangga sendiri sehingga mahu membuat perbandingan.

Jangan terlalu suka komen tentang rumah tangga orang lain seperti atas nasihat dari Ustaz Abdullah Bukhari ini…

********

Image may contain: 1 person, sunglasses

Ketika Aishah RA difitnah munafiq Madinah Allah turunkan ayat 11-26 surah al-Nur menegur umat Islam.

Banyak yang ditegur, antara sesuatu yang paling signifikan dengan budaya media sosial masa kini adalah:

"USAHLAH BERCAKAP BENDA TAK PENTING TERUTAMA SEKALI PERIHAL ORANG"

********

وَلَوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ قُلۡتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَٰذَا سُبۡحَٰنَكَ هَٰذَا بُهۡتَٰنٌ عَظِيمٞ

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:

"TIDAK LAYAK BAGI KAMI MEMPERKATAKAN HAL INI! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan" (al-Nur 24:16)

Rasanya masalah rumah tangga orang sama ada orang biasa atau ORANG TERNAMA turut termasuk dalam perkara remeh yang tak perlu dibicarakan kerana KITA TAK AKAN JADI LEBIH BAIK APABILA KOMEN PERIHAL KESILAPAN RUMAH TANGGA ORANG.

Hidup seperti roda, semoga Allah jaga rumah tangga kita pada masa hadapan daripada "dugaan" yang bakal meruntuhkan tiang rumah atau tangganya...

SMALL MIND TALKS PEOPLE...GREAT MIND TALKS IDEAS.

********

Semoga kita semua menjaga kain sendiri, menjaga rumah tangga sendiri dan tidak memberi kata-kata buruk tentang orang lain. Bukan kita yang ada ketika mereka sedang bertelingkah atau bergaduh. Masing-masing mempunyai rumah tangga tersendiri.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen