Mahukan Anak Lelaki Yang Hebat? Ceritakan Pada Mereka Tentang Kehebatan Rasulullah SAW Untuk Dijadikan Sebagai Idola.

 

Pada masa kini siapa sahaja idola anak-anak pasti akan mempengaruhi hidup mereka. Jika elok idolanya, maka kehidupannya juga berlandaskan apa yang dilakukan oleh idolanya. Para ibu bapa perlu mengetahui idola anak-anak, termasuklah anak lelaki supaya kehidupan sosialnya tidak terjejas.

Oleh kerana itu, pada zaman sekarang para ibu bapa perlu utamakan Ta’lim di rumah untuk menceritakan kisah-kisah sahabat Nabi SAW supaya anak lelaki mengetahui betapa hebatnya Rasulullah SAW ketika itu.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Sanusi ini…

********

Ceritakan Pada Anak Lelaki.

1. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah itu berperwatakan jantan, bukan berpenampilan pondan macam artis K-Pop. Pernah suatu ketika terdengar satu pekikan di Madinah yang membuatkan penduduk Madinah menjadi gempar.

Anas bin Malik menceritakan bagaimana ramai lelaki bergegas untuk mendekati bunyi tersebut. Sesampai di sana mereka mendapati Rasulullah dengan pedangnya telah sampai dan Baginda berkata:

"Jangan bimbang semua, jangan bimbang. Aku mendapati kuda ini (punca kepada bunyi tadi)." (HR al-Tirmizi).

Hadith ini menggambarkan kejantanan Rasulullah. Keluar seorang diri dengan pedangnya, mencari punca yang menjadi ketakutan penduduk Madinah.

2. Ceritakan kepada anak lelaki bahawa Rasulullah itu adalah panglima perang yang memimpin kurang lebih 29 peperangan. Baginda sejak usia yang muda telah menyertai peperangan Fijar (sebahagian riwayat menyatakan usia Baginda 14, 15 atau 20 tahun).

Sabda Rasulullah:

"Aku membantu pakcikku dalam menyediakan anak panah buat mereka (dalam Perang al-Fijar)." (Ibn Kathir, Bidayah wa al-Nihayah)

3. Ceritakan juga pada anak lelaki bahawa Rasulullah dengan kejantanan Baginda, beliau sangat memuliakan serta menyantuni wanita. Dalam sebuah perjalanan, Rasulullah pernah membawa Anjashah sebagai jurupandu unta buat isteri-isteri Nabi.

Ketika melihat Anjasha membawa unta dengan laju Rasulullah mengarahkan Anjashah supaya memperlahankan unta tersebut kerana khuatir situasi tersebut boleh menyakiti isteri Baginda yang berada di atas tunggangan tersebut. Sabda Rasulullah:

“Perlahan sedikit wahai Anjashah, sesungguhnya (diatas tunggangan itu adalah wanita yang seperti) kaca-kaca (yang dimaksudkan adalah para isteri Baginda).”

4. Dalam ketegasan Baginda sebagai pemimpin, Baginda juga adalah seorang yang gentleman. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah menyantuni isteri-isteri Baginda.

Menurut Anas bin Malik, beliau pernah melihat Rasulullah menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat Sofiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda juga duduk sedikit supaya Sofiyyah boleh memijak lutut (kaki) Baginda untuk dia naik ke atas tunggangannya.

Moga Allah membimbing para pemuda kita.

********

Semoga Bermanfaat dan berpada-pada membiarkan anak-anak menggunakan teknologi masa kini supaya tidak menggila-gilakan selebriti dijadikan sebagai idola.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen