“Usah Mengada Susah Nak Move On Kalau Berpisah Ketika Couple Kerana Perpisahan Setelah Berkahwin Itu Lebih Perit”

 

Sebut sahaja tentang perpisahan, pasti hati kita akan merasa sayu dan merintih untuk melihat orang yang kita sayang berlalu pergi. Siapa sahaja diantara kita yang boleh menerima situasi sebegini kerana ia bakal membuat seseorang itu sukar untuk move on. Bangkit setelah berpisah memang bukan kerja senang.

Perpisahan di antara manusia sering berlaku termasuklah kehilangan ketika kemalangan, kehilangan melalui perceraian bagi suami isteri, boleh jadi juga perpisahan bagi mereka yang sedang berkenalan atau bertunang. Namun, apa jua perpisahan yang kita lalui, semuanya perit.

Antara Perbezaan Berpisah Ketika Bercinta Dan Berkahwin.

PERPISAHAN KETIKA BERCINTA.

Bercinta atau berpacar sebelum berkahwin adalah proses kebiasaan yang dilakukan oleh ramai anak remaja. Secara asasnya perkenalan sebelum berkahwin atau dikenali sebagi ta’aruf ini untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat, termasuk ahli keluarganya juga.


Kredit: StoriesPhotography

Bak kata orang sekarang, ‘Takut Tersalah Pilih’

Ataupun ‘Tak Mahu Jadi Isteri Yang Malang, Salah Pilih Suami’

Namun, apa jua alasan yang kita mahu berikan perpisahan ketika bercinta amat berbeza dengan ketika berkahwin kerana…

1. Yang terkesan hanyalah antara pasangan berdua sahaja, tidak memberi kesan pada orang ramai.

2. Ibu bapa tidak mengambil berat jika kalian berdua berpisah kerana tiada ikatan sah lagi.

3. Sahabat menjadi penasihat yang terbaik ketika ini.

4. Situasi sebegini mudah untuk move on kerana tiada ikatan sah, tetapi seseorang itu sukar untuk move on adalah disebabkan dirinya terlalu ego dengan diri sendiri.

5. Status lepas berpisah masih lagi sama, tiada janda ataupun duda. Masih lagi anak dara dan anak teruna.

Jadi, stigma masyarakat pada anda adalah terlalu cerewet untuk memilih jodoh.





PERPISAHAN KETIKA BERKAHWIN (PERCERAIAN).

Perpisahan yang berlaku setelah berkahwin itu amat memeritkan kerana hanya pasangan yang sudah berkahwin sahaja amat mengerti kesan ini. Perpisahan setelah berkahwin atau perceraian ini makan masa bertahun untuk pasangan pulih seperti sedia kala. Memang benar hati berasa lega kerana sudah bebas dari cengkaman pasangan. Tetapi perceraian yang berlaku tetap tidak sama seperti perpisahan ketika bercinta kerana…


Kredit: StoriesPhotography

1. Ramai yang akan terkesan bukan sahaja pasangan berdua akan tetapi termasuklah kedua-dua belah pihak keluarga dan anak-anak sendiri.

2. Perlu pergi ke mahkamah untuk melakukan apa jua urusan termasuk hak penjagaan anak, dimana pasangan perlu mengambil berat tentang anak-anak walaupun sudah berpisah.

3. Status berubah kepada Janda dan Duda, dimana pandangan masyarakat juga turut berbeza.

4. Sahabat baik tidak boleh menjadi pendengar setia kerana ia mungkin boleh menjadi salah satu punca perceraian itu terjadi.

5. Sudah pasti pasangan yang sudah bercerai mengambil masa untuk move on sekiranya untuk menerima seseorang yang lain sebagai pengganti. Bukan senang nak cari pengganti kerana akan dilabel sebagai Janda/Duda gatal pula oleh masyarakat.

6. Anak tidak lagi dijaga bersama dengan pasangan tetapi berseorangan.

Jadi, bagi mereka yang masih bujang, anda masih lagi berpeluang untuk move on atau bangkit mencari kenalan baru tanpa prejudis. Kata-kata masyarakat boleh diabaikan kerana perceraian yang berlaku itu lebih perit untuk dihadapi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 534,399 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen