'Makanan Laut Bukan Berpunca Kepada Penyakit Gout' - Dr Zubaidi Hj Ahmad.

 

Apabila bercakap mengenai penyakit ini, pasti ramai yang mula berteka teki akan apa yang dimakan dan punca kepada penyakit ini. Biasa kita menganggap bahawa penyakit ini berpunca dari memakan makanan laut yang berlebihan.

Tetapi betul ke itu yang menjadi punca? Ataupun cara pemakanan kita sendiri yang tidak sihat?



Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad makanan laut bukan punca kepada penyakit gout. Haa, terkejut bukan?

Ini beliau berkongsi, satu perkongsian Dr Norman Norawi.

Kalau tayar kereta kita makan sebelah...di sebabkan 'alignment' tayar kita tak betul...
Adakah akan selesai masalah tu dengan hanya tukar tayar baru. Itu lah analogi nya...

Maksud saya...

GOUT berpunca daripada sistem metabolisme PURINE yang terganggu akibat enzim 'Xanthine oxidase' yang tidak berfungsi dengan baik akibat pengambilan FRUKTOSA secara berlebihan...

Akibatnya apabila kita makan makanan yang tinggi PURINE.

(daging, udang, sotong dan sebagainya) maka paras asid urik kita akan meningkat yang menyebabkan keradangan sendi GOUT.

Yang kita buat cuma berpantang makanan laut dan daging...tanpa kita mengurangkan pengambilan FRUKTOSA tadi...
Lepas tu menyalah makanan laut sebagai 'punca' GOUT.

Sedangkan cara yang betul ialah membetulkan semula sistem metabolisme PURINE dalam tubuh kita dengan berhenti mengambil GULA & Fruktosa.

Maka selepas itu jika kita makan makanan laut & daging. ..tubuh kita dapat proses PURINE dengan baik dan tidak berlaku lagi pengumpulan asid urik dan masalah GOUT akan selesai. Insyaallah

Tanda-tanda seseorang ada masalah metabolisme PURINE yang terganggu adalah masalah Hati Berlemak (Fatty Liver) dan Metabolik Sindrom.

Betulkan dulu pengambilan makanan yang memudaratkan sistem metabolisme tubuh kita iaitu *makanan proses, tinggi GULA, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus*...

Maka barulah selesai masalah GOUT secara keseluruhan nya. Tetapi semasa tubuh kira masih lg bermasalah. Memang ler kena pantang makanan laut tadi.

Yang saya nak tekankan...jangan salahkan makanan laut sebagai "PUNCA" GOUT, sebab punca yang sebenarnya adalah berlebihan pengambilan FRUKTOSA !!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,654 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen