Lelaki Ini Kongsi Rahsia 'Pillow Talk' Bantu Hubungan Suami Isteri Lebih Terbuka.

 

Dalam hubungan suami isteri ini tidak akan pernah lepas dari masalah dan pelbagai cabaran dalam rumah tangga. Kadang kala kekurangan komunikasi juga menyebabkan hubungan suami isteri itu renggang.

Kadang kala bukan tidak cuba untuk berbincang, tetapi perbincangan selalunya akan mati tanpa sebarang penyelesaian yang baik antara keduanya. Jika anda berdepan dengan masalah sebegini, maka cuba amalkan pillow talk ini.

Menurut saudara Akhtar Syamir, pillow talk ini sebenarnya membantu dalam hubungan suami isteri. Dengan amalkan komunikasi ini, ia membantu menambah kepercayaan terhadap pasangan, mengurangkan tekanan dan pelbagai lagi.

Jom ikuti perkongsian beliau.



Pillow Talk. Pernah dengar?

Saya pertama kali alami sendiri semasa masih kecil lagi. Saya masih ingat arwah Ayah saya dan Umi saya ber Pillow Talk hampir setiap malam sebelum tidur.

Mereka akan berbincang serta berbicara mengenai anak-anak, tempat kerja dan perkara antara mereka berdua. Walaupun sewaktu itu saya kecil lagi, tapi saya masih ingat tentang keadaannya.

Ada kalanya mengenai kerisauan pasal saya dan abang-abang saya. Perangai kami, apa yang kami telah buat, impian-impian dan angan-angan mereka terhadap kami dan lain-lain lagi.

Masa itu saya tak faham. Kenapa Dad dan Umi ni bercakap dalam gelap? Hari ini, semasa saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini barulah saya teringat dan faham apa yang mereka pernah lakukan dahulu.

Pillow Talk ini adalah perbincangan kecil, bebas, ringkas, santai, adakalanya menjadi berat, adakalanya menjadi panjang, tetapi selalunya ringkas santai dan padat.

Di mana? Seperti namanya, pillow yang ertinya bantal, sudah semestinya di katil.

Bila? Selalunya sebelum tidur. Apabila aktiviti atau apa yang telah berlaku seharian terhenti dan kita hampir untuk memulakan hari baru selepas selesainya tidur nanti.

Apa yang dibincangkan? Boleh berbicara tentang apa sahaja. Contohnya :-

➡️ Mengenai anak-anak. Masalah dan penyelesaian.

➡️ Mengenai kerja. Luahan, kebimbangan, kegembiraan atau sekadar bercerita.

➡️ Perhubungan. Masalah, motivasi, penghargaan, cinta. Perkara yang mengingatkan mengenai pasangan.

➡️ Borak kosong. Angan-angan, lawak, cita-cita.

➡️ Permintaan atau peringatan mengenai sesuatu perkara yang perlu dilakukan.

➡️ Sesuai juga digunakan untuk memujuk atau menyatakan harapan.

Kadang-kala, Pillow Talk juga bagus untuk bertanya apa-apa kerana keadaan masa itu yang selesa dan tenang. Contohnya :-

▶️ Soalan tentang pakaian yang pasangan suka lihat kita pakai. Tudung ke, baju ke, pakaian di luar atau di rumah ke?

▶️ Soalan mengenai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.

▶️ Soalan mengenai benda yang disukai atau tidak disukai.

▶️ Soalan tentang masa depan keluarga atau kerjaya.

Kenapa Pillow Talk ini penting?

1. Mengakhiri hari dengan tenang dan baik

2. Menjadikan perhubungan lebih terbuka.

3. Memperbaiki komunikasi sesama pasangan. Keadaan yang gelap membantu untuk lebih terbuka.

4. Menambah kemesraan sesama suami isteri.

5. Mengurangkan tekanan.

6. Menambah kepercayaan dengan pasangan.

7. Mendalami hati pasangan. Kadang-kala pasangan malu untuk cakap atau berterus terang semasa keadaan terang benderang. 😊

Bagaimana untuk mula buat Pillow Talk jika tak pernah buat sebelum ini? Mudah sahaja. Setkan dalam minda yang Pillow Talk ini santai sahaja. Jangan ada tekanan.

↪ Baring bersama di katil atau tilam.

↪ Sangat sesuai jika dalam posisi "cuddle". Lebih mesra

↪ Selalunya dilakukan sebelum tidur. Jangan tunggu sampai terlalu mengantuk. Nanti cakap sorang-sorang pulak.

↪ Bercakap sambil membelai atau memeluk pasangan amat digalakkan.

↪ Pejamkan mata dan berbicara dari hati.

↪ Buat semasa anak dah tidur. Kalau tidak diorang akan dengar. Macam saya dulu. Hahaha..

Semoga tajuk kali ini memberi manfaat untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga.
Kongsilah supaya lebih banyak keluarga yang mengamalkan Pillow Talk ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen