Kenali Ciri Anak Autisme Melalui 9 Petanda Ini.

 

Sejak kebelakangan ini ramai yang sudah mula menerima dan memahami kanak-kanak istimewa autisme selain kanak-kanak kurang upaya atau sindrom down. Jika dahulu, maklumat mengenai autisme sememangnya berkurangan sehinggakan ada yang menyatakan pelbagai perkara mengenai anak-anak yang tidak berdosa ini.

Autisme adalah satu kondisi yang sangat membimbangkan jika ia berlaku kepada si kecil kita. Persoalannya, bagaimanakah kita boleh mengenali anak autisme? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.



Apakah itu autisme?

Autisme adalah gangguan pertumbuhan tumbesaran kanak-kanak yang akan memberi kesan kepada pemikiran mereka. Mengikut statistik, ia boleh berlaku kepada 1-2 orang dalam 1 000 kanak-kanak dan lebih berisiko terhadap kanak-kanak lelaki. Antara punca autisme berlaku adalah faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak kanak-kanak.

Bagaimanakah mengenali anak autisme?

1. Kurang melemparkan senyum

Antara petanda yang paling jelas adalah kanak-kanak autisme kurang melemparkan senyum. Kebiasaannya, bayi yang normal akan mula senyum buat kali pertama ketika mencapai usia 6 bulan ke atas. Jika tidak, anda perlu lebih peka dengan perkembangannya kerana anak anda mungkin mengalami kondisi autisme.

2. Tidak fleksibel

Kanak-kanak autisme juga tidak fleksibel. Maksudnya di sini adalah mereka tidak mahu dan tidak mahu menerima sebarang perubahan. Sebagai contoh, jika waktu makan atau waktu main mereka berubah, mereka akan memberontak dengan mengamuk. Oleh itu, perhatikan dan kendalikan cara mereka menerima perubahan dengan baik.

3. Tidak respon jika dipanggil

Jika anda memanggil dengan nama anak anda dan tiada respon walaupun usia mereka sudah menjangkau 6 bulan, ini mungkin menunjukkan anak anda mengalami kondisi autisme. Ini berlaku disebabkan kesukaran mereka untuk membina hubungan sosial dengan individu lain. Disebabkan itu, mereka gemar menyendiri dalam dunia mereka sendiri.

4. Tiada “eye contact’’

Selain itu, anak autisme juga cenderung tidak mempunyai “eye contact’’ dengan ibu bapa. Anda boleh cuba perhatikan tanda ini dengan merenung ke dalam matanya. Periksa jika mata mereka mengikut objek yang anda gerakkan di hadapan mereka. Untuk lebih kepastian, cuba senyum dan pandang matanya lalu lihat respon mereka.

5. Tiada “baby talk”

Dalam pada itu, anak autisme juga cenderung tidak mengujarkan “baby talk” dengan ibu bapa. “Baby talk” adalah perbuatan bayi cuba untuk bercakap dan ia biasa berlaku ketika mereka mencapai usia 12 bulan. Ketika mereka sudah besar kelak, anak autisme akan mengalami masalah untuk bercakap, menyuarakan kehendak, memahami arahan serta hanya mengulangi perkataan yang sama sahaja.

6. Mahukan lebih perhatian daripada ibu bapa

Ibu bapa juga boleh melihat tanda anak anda mungkin mengalami autisme dengan perhatikan kecenderungan mereka dalam mendapatkan perhatian. Anak autisme hanya cenderung untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri sahaja. Jika mereka seakan-akan tidak selesa dengan individu lain, anak anda mungkin mengalami kondisi autisme.

7. Perkembangan motor yang lambat

Kebiasaanya, kanak-kanak yang normal sudah mampu merangkak, berguling, berjalan dan bercakap seiring dengan peredaran usia mereka. Namun begitu, anak autisme akan cenderung mengalami perkembangan motor yang lambat, ia boleh diperhatikan dengan melihat kepada perkara berikut:

6 bulan: masih belum boleh senyum dan menunjukkan ekspresi muka
9 bulan: masih belum boleh mengeluarkan bunyi-bunyian
12 bulan: masih belum boleh mengujarkan “baby talk” dan lambat bercakap

8. Kurang pergerakan atau berulang-ulang

Akhir sekali, anak autisme sangat kurang menggerakkan badan dan keras seakan-akan robot. Mereka juga sering melakukan pergerakan yang hanya berulang-ulang seperti mengibas, memusing atau menepuk tangan mereka. Selain perbuatan, anak autisme juga mungkin akan meniru dan mengulang bunyi atau perkataan yang mereka pernah dengar secara berulang kali.

Berikut merupakan antara petanda untuk mengenali anak autisme. Sebagai ibu bapa, perhatikan tumbesaran dan perkembangan anak anda dengan teliti. Jika anda perasan bahawa anak anda mungkin mengalami kondisi autisme, segera bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat rawatan dan nasihat yang selanjutnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen