Macam Mana Ubat Tahu Dia Nak Pergi Sembuhkan Sakit Dekat Mana?

 

Selalu bukan kita main teka teki mengenai painkiller atau ubat tahan sakit ini. Macam mana dia berfungsi? Macam mana dia tahu bahagian tersebut yang sakit?

Pasti pernahkan anda tertanya-tanya mengenai perkara ini. Mari kita lihat perkongsian dari Pegawai Farmasi Fahmi Hassan ini akan fungsi ubat tahan sakit terhadap tubuh badan yang sakit.



"Umi, macam mana ubat ni tahu dia nak pergi sembuhkan sakit dekat mana? Kita kan makan dia lepas tu masuk perut."



Saya masih ingat yang saya pernah tanya soalan ini kepada emak saya sewaktu saya kecil. Tapi saya tak ingat apa jawapan yang emak saya beri. Lepas belajar farmasi baru saya tahu jawapannya.

Apabila sesuatu tempat pada tubuh mengalami kecederaan, badan akan menghasilkan prostaglandin. Prostaglandin akan menyebabkan rasa sakit, keradangan dan demam. Prostaglandin dihasilkan oleh enzim cyclooxygenases (COX).

Terdapat dua jenis enzim COX iaitu COX1 dan COX2.

Ubat tahan sakit jenis NSAIDs seperti mefenamic acid dan diclofenac sodium akan menghalang fungsi enzim COX dan seterusnya akan mengurangkan rasa sakit, keradangan dan juga demam.

Paracetamol juga berfungsi dengan mengurangkan penghasilan Prostaglandin di dalam otak dan saraf tunjang.

Ubat tahan sakit jenis COX2 inhibitor seperti celecoxib adalah sub-class kepada NSAIDs. Cara bertindaknya hampir sama namun ia hanya menghalang enzim COX2. Oleh itu, ia kurang kesan sampingan terutamanya tidak menyebabkan rasa pedih perut seperti NSAIDs.

Satu jenis lagi ubat tahan sakit yang biasa diberi untuk kesakitan kronik adalah jenis Opioid. Opioid seperti morfin atau oxycodon akan diserap di dalam badan. Ia akan bertindak dengan melekat di reseptor-reseptor Opioid di otak dan sistem saraf tunjang. Ia kemudiannya akan mengurangkan penghantaran signal sakit ke otak. Dengan itu, pesakit tidak lagi rasa sakit walaupun punca kesakitan tersebut masih ada.

Sekarang dah tahu kan bagaimana ubat tahan sakit berfungsi?

Fahmi Hassan
Pharmacist

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen