Mak-Mak Kena Jaga Apa Yang Kita Niat Dan Kata Pada Anak-Anak, Sebab Itu Semua Ada 'Law Of Attraction'.

 

Selalukan kita dengar bukan kalau ibu-ibu dan mak-mak nak bercakap mengenai anak-anak ini perlu katakan yang baik-baik sahaja. Mana tidaknya, kata-katakan itu satu doa, maka bila sebut baik-baik maka yang baik-baiklah kita akan dapat.

Mungkin ada orang ingat perkara ini hanya kata-kata orang tua sahaja tetapi sebenarnya, kata-kata yang kita ucapkan itu adalah ‘Law Of Attraction’. Kalau kita nak anak kita jadi baik, soleh, dengar kata ibu bapa maka cakaplah baik-baik padanya seperti yang dikongsi oleh Puan Siti Suryani Yaakop ini.



Pernah tak kita berkata-kata dalam hati, lepas tu benda tu jadi.

Contohnya kita kata suka tengok Alphard putih. Suka sangat-sangat. Walaupun tak mampu beli, tengok pun cukup dah.

Tak semena-mena hari itu, disetiap simpang yang kita masuk, disetiap jalan yang kita lalu, sentiasa nampak Alphard putih.

Ada?

Ini dikenali sebagai Law Of Attraction. Kalau sudut Islam, senang faham sangka-sangka. Sangkaan yang baik, menarik benda yang baik. Sangkaan yang buruk, membawa hasil yang buruk.

Ia ibarat doa dalam hati, dengan penuh diam dan senyap sunyi.

Pernah tak kita cakap pada anak, jangan lari, nanti jatuh. Kadang, tak habis sebut lagi, betul dia jatuh.

Ada?

Law of attraction ini begitulah.

Apa pentingnya Law Of Attraction ni?

Pentingnya ialah ia akan menentukan TINDAKAN dan TINDAK BALAS kita pada sesuatu.

Kita ambil contoh, bab mengaji.

Ada mak mengadu, anak taknak mengaji dengan dia. Kalau diajak mengaji tu, macam-macam alasan. Macam-macam dia ngelat. Kadang sampai menangis. Kot anak tak menangis, mak yang menangis.

Ini apa? Ini sangkaan.

Kita sangka anak taknak dengan kita. Kita sangka susah nak ajar sendiri.

Kemudiannya kita cuba jugalah ajar.

Ini apa? Ini tindakan.

Tapi, kita mengajar dengan sangkaan diatas tadi, bahawa anak taknak ikut. Bila ada sangkaan begini, kita sendiri jadi was-was dan berbolak balik hati untuk teruskan.

Lepas tu anak tadi mula buat hal, berpusing-pusing, berguling-guling, garu sana, garu sini, golek sana, golek sini.

Kita jadi apa? Geram. Kita buat apa? Kalau tak marah, kita tinggalkan dia. Kadang kita sebut, 'Kan dah cakap, dia taknak'.

Ini apa? Ini tindakbalas.

Hasil dari semua yang diatas.

Tapi kawan-kawan...

Terfikirkah kita yang anak jadi begitu mungkin kerana kita yang menyebarkan aura kepercayaan negatif yang begitu pada dia?

Apa kata kita cuba tukar.

Katalah kita buat SANGKAAN begini. Anak kita nak mengaji dengan kita, cuma tak boleh terus banyak sekali jalan. Mulakan dengan separuh muka surat dulu.

Bila anak tak mampu nak baca walau separuh, kita BERTINDAK pujuk anak baca 2-3 ayat. Oleh sebab kita tak simpan anggapan 'anak taknak dengan kita', bila anak buat begini, kita tak anggap anak tak mahu. Kita cuma anggap bahawa mungkin hari itu dia penat.

Akhirnya selepas anak habis baca, kita BERTINDAK BALAS pada usahanya untuk cuba membaca itu dengan pujian.

Jadi..

Mungkin tak, yang anak taknak baca dengan kita tu bukan sebab dia taknak, tapi sebab kita sangka dia taknak?
Ingat tak?

Allah berfirman :

Aku bersama sangkaan hamba Ku pada Ku, maka hendaklah ia berprasangka dengan Ku apa yang ia inginkan (HR:Thobarani).

Mari kita cuba.
Tukar sangkaan kita.
Kerana sangkaan juga adalah doa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen