“Bersabar Ketika Hadapi Ujian Kerana Tiada Siapa Ujiannya Lebih Berat Dari Rasulullah SAW” –Ustaz Iqbal Zain-

 

Sebagai manusia yang menyembah pencipta-Nya, sudah tentu pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi. Dan sebagai manusia biasa juga pasti terlalu banyak rungutan dan rintihan dikala melalui ujian tersebut. Namun, siapalah kita untuk menyatakan dugaan yang dilalui itu terlalu besar dan tidak kuat untuk menempuh.

Tidak ada sesiapa ujiannya lebih berat daripada Rasulullah SAW seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Iqbal Zain dan nukilannya…

********

Ini sebagai satu renungan kepada kita, Bila kita di timpa dengan ujian, Ingat sahaja ujian yang ditimpa Rasulullah SAW Kita akan berasa ringan dengan ujian kita, dan kita perlu menyakini setiap ujian yang Allah SWT berikan pada kita bahawa Allah SWT Maha Mengetahui, bahawa kita mampu terima ujian tersebut.

Image result for berdoa
Kredit: Sesawi

Tidak ada ujian yang lebih berat sehingga seseorang itu tidak mampu terimanya.

Ini adalah janji Allah SWT di dalam al quran, Allah SWT tidak akan membebankan dari hamba-Nya dengan sesuatu ujian yang tak dapat dipikulnya kecuali Allah SWT Maha Mengetahui dia mampu untuk memikulnya. Masih dalam kemampuannya.

Kadangkala kita mendengar orang mengeluh, merungut , katanya ujian saya begitu besar, sampai saya tidak mampu memikulnya, menanggungnya.

Ketahuilah itu dusta. Perkataan yang menyalahi kerana Allah SWT sudah berfirman dalam Al Quran;

"Kami tidak akan timpakan kamu dengan ujian jika kamu tidak mampu menanggung ujian tersebut, kerna kami tahu kamu mampu untuk ujian tu maka kami beri ujian tersebut."

Maka setiap ujian yang datang , kita lihat bagaimana interaksi hati kita terhadap ujian tersebut.

Interaksi hati tersebut menyebabkan ujian terasa ringan. Jika hati itu tidak kuat jiwa tauhidnya dan keyakinannya terhadap Allah SWT itulah sebabnya ujian terasa berat. Sehingga ujian yang ringan pun dia terasa berat, sebab apa? Dan sebab jiwanya tidak diterapkan dengan ketauhidan dan keyakinan yang kuat terhadap Allah SWT.

ADANYA TAUHID DALAM JIWA, UJIAN ITU DIRASAKAN RINGAN.

Apabila hati , ketauhidan , keyakinan yang kuat terhadap Allah SWT maka apa segala bentuk ujian yang datang, seberat mana pun, sebesar mana pun ujian yang datang, dia akan rasa ringan, malah dia redha pula. Dan dia suka pula ujian yang datang kerana dia tahu ujian yang datang tu semua dari Allah SWT satu bentuk hadiah dari Allah SWT. Lihat Para Nabi dan Rasul mereka diberi ujian oleh Allah SWT untuk tinggikan kedudukan dan martabatnya.

Image result for berdoa
Kredit: Google

Seseorang yang mengalami luka, di letakkan air limau pada lukanya, dia rasa sakit dan pedih di sebabkan air limau tersebut, Sebenarnya bukan air limau yang luka, tapi dia yang luka.

Jika tiada luka, dia tidak akan berasa sakit.

BEGITU JUGA HATI, JIKA HATI YANG KOTOR...

Hati yang tidak benar hubungannya dengan Allah SWT hati itu yang bermasalah, bukan ujian yang bermasalah. Ujian tidak bermasalah kerana ujian itu Allah SWT yang datangkan, Yang bermasalah adalah hati. Bagaimana hati tersebut berinsteraksi dengan ujian tersebut yang datang dari Allah SWT

Maka seseorang yang punya hati yang baik. Tidak ada luka, di curahkan sebanyak mana pun air limau di tempat luka dia tidak akan berasa pedih. Malah hatinya happy dengan Allah SWT. Makin diberi ujian semakin kuat hatinya. Tanda Allah SWT ingat padanya sebab itu di beri ujian.

Seorang selepas menerima ujian yang berat, semakin mantap kehidupannya, semakin berubah fikirannya, semakin berubah cara dia memandang kepada alam, semakin berubah cara dia berinteraksi sesama manusia. Maka itu hasil yang baik dari ujian."

Tapi jika di laluinya dengan jiwa yang buruk, dengan complain , katanya beratnya ujian saya, saya tak tertanggung lagi dan pikulnya. Tidak, Allah SWT tidak akan bagi mana mana ujian jika Allah tahu kamu tidak mampu , Allah Maha Mengetahui kamu mampu dan layak memikul ujian tersebut sebab itu Allah bagi.

********

Semoga Kita Semua Kuat Jalani Ujian Allah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen