Lelaki Ini Kongsikan Seorang Suami Perlu Ada 3 Sifat Empati Ini, Untuk Menjadi Pendengar Setia Pada Isteri.

 

Golongan wanita lebih beremosi bukan sahaja kerana memiliki hati dan perasaan yang lembut, akan tetapi empati dirinya lebih tinggi berbanding lelaki. Mereka juga boleh menjadi pendengar yang setia pada sahabat baiknya. Oleh kerana itu, golongan wanita bukan sahaja boleh bercakap tanpa henti, malah menjadi pendengar setia dari pagi sehingga malam.

Bagi lelaki yang bakal bergelar suami dan mereka yang sudah berumah tangga, pupuklah sifat empati dalam diri supaya boleh menjadi BFF isteri anda, malah pendengar setia seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Kadang tu ada juga rasa menyesal bila layan isteri bercakap ni.

Mana tak menyesal, lagi di layan lagi panjang pula cerita dia. Berjam-jam boleh jadi cerita dia. Padahal nak cerita lipas dalam bilik air je.

Maklumlah kuota wanita bercakap sehari 25,000 patah perkataan.

Mula annoying, lama-lama jadi caring pula.

Betul ni! Dulu mendengar buta-buta guna telinga sahaja. Tak ada hati tak ada perasaan. Itulah sebab mudah rasa bosan dan rasa menyampah.

Isteri sedang bercakap, kita sibuk buat kerja lain. Isteri sedang mengadu, kita cakap itu pun nak mengadu?

Aduhai!

Sebaiknya kita kena jadi pendengar yang ada perasaan dan ada hati. Bak kata orang putih "Emphatic Listener", mendengar dengan empati.

Empati ni ada 3 ;

1. Kognitif.

Kognitif empati ni penawar kepada sikap penting diri. Kalau tak ada benda ni memang sampai bila pun dia cakap nak menang je.

Dia sahaja betul, orang lain semua salah.

Mudah je nak kuatkan kognitif empati ni, berhenti pentingkan diri sendiri dan mula ambil berat kat isteri.

Isteri pun kalau nak suami lebih penyayang, doakan Allah lembutkan bahagian kognitif dia.

2. Sosial empati.

Yang ni paling penting. Sosial empati ada kena mengena dengan tahap EQ ( Kepintaran Emosi ). Itu sebab selalu di ingatkan didikan EQ ni jauh lebih penting dari IQ.

Bila EQ tinggi barulah kebolehan merasai apa yang orang lain rasa tu tinggi. EQ ni jugalah yang membina hubungan suami isteri jadi rapat.

EQ kalau ada, barulah si suami "ada hati" nak mendengar isteri ngadu sepenuh jiwa dan raga.

3. Bimbang empati.

Tak boleh nampak isteri susah, mesti nak bantu. Itulah empati bimbang. Benda ni la yang pakar kata sebagai "naluri melindungi".

Tanpa naluri ni memang sampai kiamat pun tak akan nampak isteri sedang kesusahan.

Apa-apa pun, bercakap tu adalah satu terapi untuk isteri kita. Ia buat mereka rasa lega, rasa tenang dan rasa gembira.

Tak bercakap suami isteri maknanya tak ada komunikasi,

Tak ada komunikasi maknanya tak ada hubungan,

Tak ada hubungan maknanya tak ada harapan. Jangan la sampai ke tahap ini.

********

Semoga Bermanfaat Dan Jadilah Suami Isteri Yang Setia Mendengar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen