“Akhirnya Yang Kita Mahu Dalam Sebuah Perkahwinan, Adalah Sebuah Rumahtangga Yang Barakah.”

 

Setiap manusia tidak pernah lepas dari menerima ujian dalam hidupnya. Ujian yang datang menimpa itu adalah tanda bahawa Allah sayang pada kita. Kadang kala, sehingga kita tidak mampu untuk menanggungnya, tetapi Allah akan menguji berdasarkan kemampuan hambanya.

Jika dahulu kita berkahwin mungkin kerana untuk menghalalkan hubungan serta mencari peneman hidup. Selepas itu akan berubah kepada inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Dalam proses mencapai keluarga bahagia itu pasti kita akan berdepan pelbagai ujian, hingga akhirnya yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan, adalah sebuah rumahtangga yang barakah. 

Tapi bagaimana kita ingin mengukur barakahnya sebuah rumahtangga?



Terdapat 9 kayu ukur barakahnya sebuah rumahtangga yang dikongsikan Puan Siti Suryani Yaakop ni. Mari kita lihat adakah hubungan kita sudah berada di tahap ini?

1.Tak banyak keluh kesah.

Baik suami, baik isteri. Apa yang dapat, syukur. Benda sikit dirasakan banyak. Benda banyak dijadikan infak.

2.Tak banyak komplen.

Kalau isteri rajin buat kerja,buat. Kalau tak buat tak apa. Kalau suami banyak duit, kita suka. Tapi, kalau tak banyak, tak jatuh hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata, tak jadi isu, tak payah panjang cerita.

3. Fizikal bukan lagi tarikan.

Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila badan dah naik. Taknak makan, nak diet. Tapi, suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isteri, abang masih kekal kacak. Tapi, dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.

4. Berebut buat kebaikan.

Isteri belanja KFC, suami belanja pizza. Isteri belikan baju, suami belikan handbag. Isteri masakan lauk, suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja, siapa lebih banyak beri jasa. Tapi, masing-masing berebut nak buat pahala.

5. Jadi insan lebih baik.

Isteri memula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung. Lepas tu upgrade tudung labuh. Lepas tu top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah. Lepas tu top up pula dengan ajar anak isteri dirumah. Saling berpesan pesan dan ingat mengingatkan.

6. Anak-anak yang mudah diurus.

Sebagaimana taatnya suami isteri pada Allah, begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah.

7. Rezekinya melimpah ruah.

Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi, rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, jiran hantar. Masa susah, ada orang tolong. Tak banyak, tapi sentiasa ada. Apa yang dihajat, akan dapat. Cuma, tibanya cepat atau lambat.

8. Amalan makin banyak.

Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah, dia tambah ibadah sunnah. Dan tambah ibadah sunnah, dia bagi tepat waktu. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak.

9. Berlemah lembut

Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah, minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.

Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semua ni. Nak buat semua ni, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.

InsyaAllah.
Dipersilakan share.

Biar banyak pahala saya.
Yang masih mengejar barakah,

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen