Antara Sikap Boss Yang Membuatkan Pekerja Yang Bagus Meletak Jawatan.

 

Sebuah syarikat yang sempurna adalah impian setiap majikan, tambahan pula dengan memiliki pekerja yang berdisiplin dan mendengar kata. Akan tetapi, terdapat segelintir syarikat yang tidaklah seratus peratus sempurna kerana jika bukan pekerja itu sendiri yang teruk, pasti ada masalah pada majikan.

Untuk majikan bagi sebuah syarikat, mereka bukan menjadi ketua semata-mata, tetapi perlu menjadi pemimpin juga supaya pekerja yang berpotensi besar, berbakat dan berdisiplin tidak terus meletak jawatan.

Menurut kajian, pekerja berhenti bukan meninggalkan syarikat tersebut semata-mata, akan tetapi sikap majikan/boss yang teruk. Jom ketahui 4 sikap majikan yang akan membuatkan pekerja bagus meletak jawatan melalui perkongsian dari saudara Abdul Basit ini…

Ada 4 jenis boss yang membuatkan pekerja tak sabar-sabar nak berhenti...

1. Boneka

Boss jenis boneka ni tahu nak selamatkan diri dia je. Dia hanya mengikut arahan. Sami’na wa ato’na. Tak pernah berjuang untuk team sendiri atau mempersoalkan polisi syarikat.

Boss jenis macam ni adalah boneka dan langsung tak menunjukkan kesetiaan kepada team. Boss yang tiada integriti akan membuatkan pekerja hilang kesungguhan terhadap pekerjaan.

2. King Kong.

Ada boss yang bila dah naik jawatan tinggi je, terus lupa asal usul mereka.

Jenis boss macam ni ada ‘superiority complex’, fikir dia je bagus, dan bersungguh-sungguh nak ada pengasingan antara management dan staf. Memang satu penderitaan bila terpaksa kerja dengan boss yang lebih nak menonjolkan diri daripada menjaga hubungan dengan pasukan.

Pemimpin yang hebat takkan maki atau hina team sampai mereka rasa hilang harga diri. Pemimpin yang hebat akan melayan semua ahli pasukan dengan hormat. Mereka akan membuatkan semua orang di sekeliling mereka rasa sangat penting.

“Layani semua orang dengan rasa hormat, bukan sekadar mereka yang anda nak bodek” – Richard Branson

3. Superman.

Boss jenis superman ni ingat dialah orang paling penting dalam syarikat. Ada yang ingat diorang tokey or shareholder dalam syarikat.

Antara perangai boss superman ni adalah buat keputusan sorang-sorang, abaikan maklumbalas (feedback) dari orang yang dia tak suka, dan suka menagih pujian berlebih-lebihan.

Ego yang besar adalah jalan kepada kehancuran. Mengaku sahaja apa yang anda tak tahu. Bila kita tunjukkan sikap merendah diri, hubungan dengan team akan menjadi lebih kuat.

4. Micromanager.

Boss jenis micromanager ni jenis yang mementingkan ‘bottomline’ atau keuntungan semata-mata.

Pekerja memang takkan gembira jika dapat boss yang asyik nak menekan dan tibai orang. Bila kita terlampau micromanage, team akan rasa lemas, lemah semangat dan kesannya boleh membunuh idea kreatif.

Tugas seorang pengurus sebenarnya adalah untuk memberi motivasi dan bimbingan, bukannya mengawas setiap gerak geri staf pada setiap masa. Boss jenis macam ni terlalu mementingkan keuntungan dan menambah sumber jualan, sampai mereka terlupa melayan manusia lain dengan hormat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen