Jangan Ingat Kahwin Itu Semuanya Sweet Sahaja Kerana…

 

Pada awal perkahwinan, pasangan suami isteri akan berdepan dengan fasa bulan madu dimana semuanya indah belaka. Hidup berdua ibarat belangkas pasti amat membahagiakan sehingga muncul si cilik yang akan memeriahkan suasana.

Pada fasa bulan madu ini juga, pasangan suami isteri akan mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Pasangan suami isteri akan dapat melihat true color atau personaliti sebenar masing-masing sehingga menimbulkan perasaan yang menjengkelkan.

Pada ketika ini jugalah untuk melihat pasangan sebenar-benar dapat meneriman kekurangan kita ataupun tidak.

Perkahwinan itu indah sekiranya suami isteri tahu melaksanakan tanggung jawab masing-masing, dan dapat menguruskan 3 isu besar ini…

1. Isu nak tinggal rumah mertua.

Perkahwinan tak sweet sekiranya duduk dengan mertua, yelah mesti nak duduk berdua.

Tidak ramai dikalangan mereka yang sudah berkahwin akan duduk di rumah sendiri. Perbincangan antara pasangan amat penting tentang isu nak tinggal dimana selepas berkahwin. Jangan bincang ala kadar sahaja kerana bimbang ada yang makan hati, terutamanya pada golongan wanita.

Suami perlu alert tentang isu ini kerana ia berkait rapat dengan aurat isteri anda.

Sekiranya anda memiliki adik-beradik lelaki yang ramai, dan masih dibawah tanggungan ibu bapa, isteri perlu sentiasa menutup aurat di dalam rumah. Tak kesian pada isteri, dalam rumah pun perlu menutup aurat dengan sempurna, apatah lagi di luar rumah.

Memang isteri tidak merungut, tapi berilah keselesaan pada dirinya. Rambut yang selalu tertutup akan membuatkan rambut menjadi kepam dan berbau.Nanti mula si suami merungut kenapa isteri tidak pandai jaga penampilan.

 Jika isteri tidak kisah berkorban untuk sentiasa menutup aurat, apa salahnya si suami berkorban mencari rumah untuk tinggal berdua dengan isteri. Oleh sebab itu, membeli rumah pertama amat penting dalam perancangan kewangan sebelum berkahwin.

2. Isu anak.

Perkahwinan jadi tak sweet sekiranya tidak dikurniakan cahaya mata, seperti anggapan orang ramai. Namun, kebahagiaan dalam rumah tangga sebenarnya terletak dalam hati pasangan suami isteri, untuk bagaimana menangani masalah sebegini.

Timbul sahaja isu anak, pasti isteri yang dipersalahkan seratus peratus, kerana janin itu terdapat dalam rahim perempuan sahaja. Lelaki hanya membutakan mata seolah-olah bukannya masalahnya juga. Sekiranya ini yang terjadi, tidak mustahil hanya disebabkan isu anak, hubungan suami isteri menjadi renggang dan mempunyai alasan untuk berpoligami.

3. Isu kewangan.

Perkahwinan tak sweet, kalau asyik kebocoran wang sahaja.

Bukan sahaja pada waktu bujang asyik kebocoran wang dipertengahan bulan, selepas berkahwin pun tak cukup duit nak sara keluarga. Bila dah kahwin nanti, suami isteri perlu ada perancangan kewangan untuk keluarga supaya tidak berhutang sana-sini.

Nanti mulalah ada isu kena keluar dari rumah sewa, kemudian kena duduk dengan mertua ditanggung pula oleh mereka, kemudian timbul pula isu anak sama ada anak ramai atau tidak dikurniakan anak semuanya pasti menjadi masalah nanti.

Ingat! Perkahwinan Itu Sweet Jika Suami Isteri Menguruskan Masalah Bersama-Sama, Bukan Tinggalkan Cari Yang Lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen