7 Khasiat Telur Separuh Masak Sebagai Sarapan Setiap Hari

 

Siapa sahaja yang tidak sukakan telur ini, baik telur rebus mahupun telur goreng kedua-duanya sedap dimakan bersama nasi dan kicap. Lagi-lagi bila lapar, nampak telur pasti selera terus membuak-buak bukan? Itu belum lagi jika bercakap mengenai telur separuh masak. Telur separuh masak ini memang kesukaan semua orang tidak kiralah peringkat umur.

Malah, bagi anda yang sedang berdiet dan berusaha untuk menurunkan berat badan, pastinya telur separuh masak menjadi menu pilihan anda.

Namun tahukah anda bahawa selain menurunkan berat badan, ada 7 lagi khasiat telur separuh masak. Jom kita baca perkongsian dari Puan Rozita Ab’dullah yang berikut.

Cara-cara menyediakan telur separuh masak dengan hanya tiga langkah:









Berikut beberapa KEBAIKAN yang boleh anda peroleh daripada pengambilan telur separuh masak:

1. Menu Sarapan Yang Sihat

Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

2. Membantu Pembentukan Otot

Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

3. Bantu TurunkanBerat Badan

Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.

4. Menguatkan Daya Ingatan

Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.

5. Mencegah Penuaan

Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

6. Mencegah Anemia

Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

7. Baik Untuk Mata

Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh masak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainye


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen