20 Punca Utama Sakit Tekak, Yang Anda Perlu Tahu.

 

Sakit tekak adalah salah satu kesakitan yang biasa dialami oleh ramai individu disebabkan cuaca atau juga gaya hidup. Ia hanya diambil ringan kerana ramai beranggapan ia boleh dirawat dengan mengambil gula-gula sakit tekak, malahan dengan air secukupnya. Namun, ia akan menjadi lebih teruk sekiranya anda mengalami sukar untuk menelan makanan dan pedih.

APAKAH PUNCA SAKIT TEKAK?

Di Malaysia, punca sakit tekak yang paling biasa berlaku ialah seperti berikut:

1. Apabila anda kurang minum air, anda akan mengalami dehidrasi dan salah satu daripada kesan dehidrasi ialah sakit tekak.

Image result for sakit tekak
Kredit: Mypt3

2. Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan anda mengalami sakit tekak.

3. Apabila anda demam suhu badan akan menjadi tinggi lalu menyebabkan berlakunya radang kepada tekak anda lalu menyebabkan anda mula sakit tekak.

4. Apabila anda batuk, akan berlaku radang dan luka pada tekak anda.

5. Selain demam dan batuk, selsema juga akan menyebabkan anda mengalami sakit tekak.

Image result for sakit tekak
Kredit: PolicyStreet

6. Punca sakit tekak yang seterusnya ialah tonsilitis iaitu keradangan pada tonsil. Tonsilitis berlaku apabila berlakunya radang dan bengkak pada tonsil anda.

7. Punca sakit tekak yang paling biasa berlaku di Malaysia ialah kerana jangkitan oleh bakteria streptococcal. Apa yang lebih menakutkan, jangkitan bakteria jenis ini akan menyebabkan anda mengalami demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah kesihatan yang lain seperti seperti kerosakan pada injap jantung dan radang buah pinggang.

8. Selain jangkitan bakteria, jangkitan virus juga merupakan punca sakit tekak yang paling popular di Malaysia. Virus yang paling terkenal ialah Epstein-Barr yang akan menyebabkan anda mengalami demam, sakit tekak, dan bengkak di kelenjar leher.

9. Influenza selesema juga adalah punca sakit tekak yang perlu anda ketahui.

10. Mononukleosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang berjangkit melalui air liur. Apabila anda dijangkiti oleh penyakit ini, anda akan mengalami sakit tekak.

11. Kebiasaannya apabila anda mengalami demam ruam, secara automatik anda akan mengalami sakit tekak.

Demam campak juga adalah punca sakit tekak.

Image result for sakit tekak
Kredit: PolicyStreet

13. Bengkak kelenjar air liur di leher. Apabila kelenjar air liur anda bengkak, di antara simptom yang akan anda alami ialah sakit tekak.

14. Alahan kepada debunga, rumput, dan haiwan kesayangan juga adalah punca sakit tekak.

15. Kelenjar limfa membengkak. Punca sakit tekak yang seterusnya ialah bengkak pada kelenjar limfa. Bengkak yang berlaku biasanya terjadi pada kawasan bawah rahang dan leher.

16. Virus Coxsackie. Jika anda dijangkiti oleh virus ini, akan berasa sakit tekak dengan kehadiran lepuh kecil pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

17. Udara kering. Punca sakit tekak yang seterusnya ialah udara kering yang akan menyebabkan mulut dan tekak anda menjadi kering dan gatal.

18. Pencemaran. Asap, bahan kimia yang ada dalam pencemaran juga boleh menyebabkan anda sakit tekak.

19. Kanser. Tahukah anda bahawa sakit tekak adalah tanda awal bagi kanser esofagus.

20. Jangkitan yis pada mulut anda boleh merebak dan menyebabkan gejala esophageal termasuklah sakit tekak.

Jika anda sakit tekak, anda boleh menghilangkannya dengan cara:

  • Merawat puncanya seperti mengambil antibiotik untuk jangkitan, atau antacid untuk refluks asid.
  • Ubat anti-radang untuk melegakan kesakitan dan menghilangkan sakit tekak.
  • Elakkan daripada minuman beralkohol.
  • Elakkan daripada merokok.
  • Makan makanan yang lembut dan kunyah dengan lebih lama.
  • Menggunakan semburan kerongkong untuk mengebaskan tekak sebelum makan dan mengurangkan sakit tekak.

Anda boleh makan ais krim vanila untuk mengurangkan bengkak dan meredakan sakit tekak, TETAPI...

Related image
Kredit: Bikanervaonline

Ia bukan untuk menyembuhkan TONSIL anda seratus peratus ya! Sekiranya semakin teruk, memang perlu dapatkan rawatan daripada pakar.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,467 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen