Lelaki Ini Kongsikan 17 Cara Untuk Menyimpan Supaya Dapat Membeli Rumah Pertama.

 

Setiap dikalangan kita pasti mempunyai hasrat untuk membeli rumah, namun disebabkan tiada ilmu dan sokongan, hasrat terlupus begitu sahaja. Antara permulaan untuk mempunyai matlamat membeli rumah sendiri adalah dengan simpanan wang.

Cara-cara untuk menyimpan adalah dengan mengikuti tips dari saudara Amir Syahir ini…

********

1. Menabung.

Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tidak konsisten, impian untuk memiliki rumah pertama hanya akan menjadi mimpi dan tinggal angan-angan.

Image result for save money gif
Kredit: Pinterest

Jadi, berusahalah untuk jadikan impian itu sebagai kenyataan.

2. Cek kelayakan harga rumah.

Cek untuk kita tahu berapa harga rumah yang layak dibeli bersesuaian dengan pendapatan kita. Jika pendapatan kita layak untuk membeli rumah yang berharga RM150,000, perlu ada simpanan 15% bermula daripada hari ini.

Jadi, tunggu apa lagi?

3. Buat tabung kumpul Si Hijau (RM5) atau Si Oren (RM20).

Supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti korang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.

4. Mampu simpan sekiranya tidak kerap makan di kedai hipster.

Masa bujang ni selalunya korang mampu untuk menyimpan lebih banyak. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada SST pula tu.

5. Buat bajet bulanan.

Sediakan bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada sepatutnya. Jika kau gagal untuk merancang, kau merancang untuk gagal.

6. Jangan buang masa dating ke luar negara.

Tidak perlu berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menabunglah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.

Image result for travel gif
Kredit: Junkee

7. Buat potongan daripada akaun.

Jika tak mampu menabung secara konsisten, amalkan potongan daripada akaun. Buat ASB Financing ataupun potongan ke Tabung Haji. Selepas 5 tahun, kau akan nampak hasilnya.

8. Tangguhkan kehendak.

Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting kita tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat kita senang untuk 30 tahun yang akan datang.

9. Kurangkan perbelanjaan, tambahkan pendapatan.

Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.

10. Jangan cepat give up walaupun bergaji kecil.

Related image
Kredit: WeHeartIt

Lambat beli rumah sebab gaji kecil tak apa jangan lambat beli rumah sebab duk bayar hutang kereta lebih daripada kemampuan. Duk bayar hutang peribadi masa buat majlis kahwin misalnya. Buat setakat mana yang mampu. Ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.

11. PTPTN dan hutang lain jangan lupa.

Rosak CCRIS hancurlah harapan untuk memiliki rumah pertama.

12. Amalkan membeli secara tunai.

Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Amalkan beli secara tunai. Mencintai diri sendiri dan keluarga adalah lebih baik daripada mencintai hutang piutang.

13. Kad kredit jangan guna sehingga lebih kredit limit.

Seelok-eloknya bawah 70%. Lambat bayar akan kena caj tinggi. Makan gaji kita pula. Kalau tak boleh kawal, terminate lah.

14. Jangan buat personal loan.

Pembiayaan peribadi bukan penyelesaian kepada masalah kewangan. Usah gali lubang tutup lubang. Kalau tak mampu, jangan berhutang.

Jangan ikut cara orang. Kalau nak hidup senang, nak bergaya, nak hidup mewah, berusahalah. Jangan bergaya dengan cara berhutang. Itu bahaya!

15. Jaga CCRIS dan CTOS.

Jaga ia serupa jaga makwe. Jangan biar tercalar sikit pun.

16. Jangan jadi pemboros.

Dah ada banyak tudung, baju, kasut tak perlu beli lagi. Jangan membazir. Duit tu boleh simpan dalam tabung rumah untuk buat deposit rumah. Pakai sampai habis, guna sampai rosak.

17. Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja.

Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.

********

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen