“Punca Pening Kepala Bermula Dari Dalam Telinga?” Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

 

Pening kepala seolah-olah sudah menjadi kebiasaan penyakit untuk setiap individu. Namun, jika terlalu kerap menghidapi pening kepala tanpa mengetahui sebab yang sebenar, dapatkan rawatan daripada pakar. Khuatir nanti ada penyakit yang lain pula.

Akan tetapi, apakah punca sebenar pening kepala?

Selain daripada gaya pemakanan dan gaya hidup yang memberi kesan kepada penyakit ini, Dr Zubaidi juga mengatakan berpunca daripada telinga. Ikuti perkongsian dari doktor ini…

********

Pening Kepala adalah suatu keadaan di mana seorang individu merasa tidak berasa selesa apabila tubuh berasa terawang-awang, atau rasa berpusing. Tubuh akan menjadi tidak stabil ketika berdiri dan berjalan.

Ramai warga emas yang mengalami masalah ini ketika berada di bilik air. Mereka jatuh dan kepala terhentak di lantai atau mangkuk tandas.

Ini menyebabkan mereka mengalami gegeran atau kecederaan otak. Jika tidak serious, mungkin akan mengalami pengsan. Tetapi jika mengalami hentakan kuat, boleh menyebabkan kematian.

Pernah dengar wargamas yang jatuh di bilik air akibat pening?

PUNCA KEPALA PENING.

Related image
Kredit: Suara

Sebelum ini saya ada bercerita tentang apa yang dikatakan sebagai Kepala Pening.

Sekarang saya ingin kongsikan punca masalah ini.

Selalunya ia disebabkan oleh masalah pada bahagian dalam telinga. Antaranya adalah:

Punca utama masalah Kepala Pening adalah keadaan yg dikenali sebagai Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV):

"Berlaku apabila kita memusingkan kepala dengan terlalu cepat, tiba-tiba kita berasa pening. Ini disebabkan cecair dalam telinga yang berfungsi sebagai pengimbang tidak berfungsi dengan baik."

Selain itu ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dalam telinga tanpa kita sedari. Ini menyebabkan saraf tidak menghantar mesej dengan baik dari bahagian dalam telinga akan menyebabkan masalah vertigo yang berterusan.

Satu lagi puncanya apabila bahagian dalam telinga tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan pening, mendengar bunyi berdesing dan menjejaskan pendengaran. Keadaan ini dinamakan Meniere’s Disease.

Selepas ini saya akan kongsikan punca2 lain masalah Kepala Pening.

#HealthDrZubaidi

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen