5 Konsep Wang Dalam Perkahwinan, Anda Yang Mana?

 

Apabila memikirkan mengenai perkahwinan, banyak hal yang akan berkait dengan hubungan ini terutama berkaitan wang. Ini kerana, masalah kewangan adalah salah satu punca penceraian yang agak besar di Malayasia. Maka dengan itu, miliki kewangan yang stabil itu adalah sangat penting untuk setiap individu.

Namun begitu, selepas berkahwin, bagaimana pula pengurusan kewangan anda? Bagaimana anda dan pasangan saling berkongsi membayar bil, rumah, kereta dan lain-lain lagi?



Menurut laporan dari purewow.com, berikut adalah beberapa konsep wang dalam perkahwinan yang harus anda fahami sebelum masuk ke alam itu. Apa yang anda perlu tahu adalah, terdapat 5 konsep kewangan dalam perkahwinan.

1. Harta saya adalah milik bersama.

Maksud konsep ini adalah anda dan pasangan tidak mempunyai akaun bank lebih dari satu. Di mana anda berkongsi segala maklumat bersama. Anda merasakan bahawa selepas berkahwin, miliki satu akuan kewangan suduh mencukupi.

Ia sememangnya memudahkan anda jika memiliki akaun bank hanya satu kerana mudah untuk mengira penggunaan wang masuk dan keluar. Konsep ini sangat bagus untuk membayar bil serta melaksanakan matlamat jangka panjang seperti simpanan membeli rumah serta dana Pendidikan anak-anak.

Tetapi apa yang buruknya dalam konsep ini adalah apabila anda memiliki perbezaan gaji. Jadi mungkin anda seorang penyelamat ataupun pembiaya dalam urusan kewangan tersebut. Apabila wang dicampurkan menjadi satu, anda harus berhati-hati dalam setiap perbelanjaan anda.

2. Berasingan tetapi masih bersama.

Konsep wang ini biasanya digunakan untuk pasangan yang mahu berdikari sendiri. Anda dan pasangan akan mempunyai akuan bank, kad kredit serta perbelanjaan yang berasingan.

Namun begitu, dalam setiap pembelian anda, ia masih ada perbincangan diantara pasangan anda. Ramai yang berpendapat bahawa tidak memiliki akaun bersama adalah lebih moden serta ia mempu menunjukkan kepercayaan dalam hubungan.

Sebenarnya, konsep ini juga dapat membantu anda apabila berlaku akan sesuatu yang tidak dijangka. Sebagai contoh, berlaku perpisahan serta kematian pasangan, maka anda masih mempunyai wang sendiri untuk terus hidup.

Walaupun kelemahan konsep ini adalah anda tidak tahu apa yang akan dibelanjakan oleh pasangan anda, serta apa matlamat jangka panjangnya. Bahkan ia mungkin akan menjadi masalah apabila anda berdepan dengan kesempitan wang.

3. Bergabung.

Konsep wang ketiga ini adalah anda menggabungkan kewangan bersama tetapi masih memiliki akaun yang berasingan di mana ia mampu menyokong peribadi anda sendiri. Dengan konsep ini, anda dan pasangan anda boleh bekerjasama dalam segi kewangan sebagai satu pasukan, tetapi masih mempunyai sedikit wang peribadi.

Walaupun kelemahan konsep ini adalah anda perlu menentukan dengan tepat di mana wang peribadi perlu disimpan, jadi pasangan tidak perlu campur tangan apabila terdapat bil-bil yang tidak dibayar atas urusan peribadi anda.

4. Makro dan pengurus mikro.

Konsep kewangan ini adalah apabila satu pihak menguruskan masalah yang besar sebagai contoh si suami membayar kereta, rumah serta persekolahan anak-anak manakala si isteri pula akan membayar perbelanjaan harian rumah. Apabila anda menggunakan konsep ini, mungkin kalian berfikir bahawa kalian sedang melengkapi antara saru sama lain.

Walaupun begitu, adalah penting untuk anda mengadakan perbincangan setiap bulan untuk membentangkan setiap bajet anda. Ini juga juga perupakan perkongsian dalam penggunaan kewangan.

5. Diktator.

Konsep yang ini pula adalah apabila satu pihak dalam perkahwinan menguruskan semua aspek kewangan, sedangkan pihak lagi satu hanya membelanjakan wang dengan persetujuan pasangannya. Biasanya konsep ini diamalkan bagi mereka yang suami berkerja dan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa.

Konsep ini mungkin agak membahayakan kewangan anda tetapi anda dan pasangan perlu sentisa bijak mengawal perbelanjaan harian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,109 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen