5 Jenis Buah Ini Bantu Kulit Anda Kelihatan Lebih Cerah.

 

Menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki kulit yang cerah, mulus dan juga gebu. Ramai yang beranggapan bahawa seseorang yang berkulit cerah pasti akan memiliki penampilan yang lebih menarik. Sebab itulah ramai orang mencuba pelbagai kaedah untuk memiliki kulit yang cerah sehingga ada yang memilih untuk memudaratkan diri sendiri.

Kini boleh dilihat terdapat pelbagai cara yang memudahkan sesiapa sahaja untuk miliki kulit yang cerah dengan serta merta. Pelbagai jenis suplemen dengan tarikan mampu mencerahkan kulit seawall 7 hari. Mungkin ada pihak yang memilih jalan ini dan mendapati ia berkesan untuk dirinya. Tetapi sentiasa berhati-hati dengan pilihan yang anda buat.
Selain penggunaan makanan tambahan, anda juga mampu memiliki kulit cerah dengan bahan-bahan semula jadi disekeliling anda. Selain lebih selamat ia juga lebih murah berbanding membeli suplemen perncerah kulit.



Buah-buahan adalah salah sayu bahan semula jadi yang boleh membantu kulit anda lebih cerah. Kaya dengan kandungan nutrient dan vitamin, buah-buahan mampu mencerahkan kulit secara semulajadi. Tetapi tidak semua buah-buahan miliki kebolehan mencerahkan kulit anda.

Berikut adalah 5 jenis buah-buahan yang membantu anda mencerahkan kulit. Boleh dilakukan sebagai mask harian ataupun sebagai makanan. Selamat mencuba!

1. Betik



Betik ini kaya dengan kandungan vitamin A dan C. Buat anda yang ingin memiliki cerah, anda boleh membuat betik ini menjadi mask dalam rutian harian anda. Apa yang boleh anda lakukan adalah hancurkan betik tersebut dan sapu pada wajah anda. Selepas itu biarkan selama beberapa minit hingga ia betul-betul meresap ke dalam kulit anda dan bilas.

2. Tomato.



Tomato mengandungi lycopene yang menyuburkan dan merupakan antioksidan yang baik untuk kulit. Anda boleh membuat mask tomato dengan mencampurkan tomato dengan madu, kemudian menggosok muka. Biarkan selama beberapa saat, kemudian bilas dengan air bersih.

3. Limau.



Tidak dinafikan bahawa limau ini banyak faedahnya. Salah satu yang boleh anda gunakan adalah untuk kecantikan kulit. Anda boleh gunakan air perahan limau ini sebagai mask. Di mana sapukan air perahan limau di seluruh wajah anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilas dengan air. Lakukan dengan kerap agar anda boleh miliki kulit yang cerah.

4. Sengkuang.



Anda boleh lihat bahawa sengkuang ini sangat terkenal sebagai produk pemutih di negara jiran kita. Jadi apa kata anda juga turut mencuba penggunaan sengkuang dalam proses mencerahkan kulit. Campurkan sengkuang itu, kemudian sapu diseluruh wajah anda. Air dari sengkuang itu akan memberikan kesegaran pada kulit wajah. Tunggu beberapa minit sebelum bilas.

5. Pisang.



Pisang adalah salah satu buah yang sering dimakan sebagai pencuci mulut. Selain mudah untuk mendapatkan, harganya juga murah.Sedap untuk dimakan begitu sahaja atau membuat kuih, buah ini juga berkhasiat sebagai penjagaan kulit wajah. Pisang mengandungi vitamin A, B, dan E yang merupakan zat berkesan sebagai anti penuaan. Cara membuat mask pisang sangat mudah. Hanya gunakan 1 pisang dan sapukan ke seluruh muka. Anda boleh mengurut wajah anda supaya mask pisang diserap dengan lebih baik lagi. Selepas meratakan, biarkan selama beberapa minit sehingga kering sedikit kemudian bilas dengan air bersih.

Mudah bukan? Jika anda sentiasa kosisten setiap hari pasti akan berkesan buat anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,495 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen