“Bahaya Kalau Bagi Anak Sentuh Kad Makanan Di Restoran” Nasihat Lelaki Ini.

 

Dapat meluangkan masa bersama keluarga pasti menggembirakan. Bak kata pepatah, ‘Lagi Ramai, Lagi Meriah’. Bagi pasangan suami isteri yang memiliki anak yang ramai pasti akan berasa sunyi sekiranya dating berdua. Jadi, membawa anak bersama adalah cara yang terbaik untuk meluangkan masa.

Namun, keadaan disekeliling pada masa kini amat membimbangkan, termasuklah kebersihan tempat tersebut, terutamanya di restoran. Jika anda memiliki bayi yang baru sahaja mempunayi deria untuk menggigit atau merasa, elakkan bayi anda pegang kad makan restoran seperti perkongsian dari saudara Taufiq Razif ini…

********

Image may contain: one or more people and text

Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?

Korang tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!

Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.

Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.

p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu.

********

Dalam diam sebenarnya, bakteria ini memang memudaratkan kesihatan terutamanya anak-anak kecil kerana imun mereka belum lagi kuat. Sebab itu, kadang-kala jika dibawa anak-anak kecil keluar dari rumah, mereka mudah diserang pelbagai penyakit seperti:

  • Ruam.
  • Bengkak.
  • Demam.
  • Sakit Tekak.

Selain daripada itu, anak-anak kecil yang mudah dijangkiti bakteria akan diserang batuk yang berterusan iaitu batuk kokol. Batuk ini akan menyeksa anak-anak kecil, kerana ia mampu berlaku sepanjang 100 hari.

Image result for batuk kokol
Kredit: AsianParent

Menurut pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, batuk ini sangat menyeksakan jika kita melihat sendiri tanda yang kanak-kanak itu alami. Akhirnya, jika tidak dirawat, kematian boleh menjemput.

“Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan bayi berumur di bawah enam bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radang selaput otak (meningitis).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan, kes kematian akibat serangan bakteria batuk kokol ini mencecah 200,000 hingga 300,000 setiap tahun,”

********

Oleh yang sedemikian, berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita, terutamanya jika memiliki anak kecil. Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen