Bestnye Dah Kahwin! Tapi Elak Post 5 Perkara Ini Pada Awal Perkahwinan, Di Sosial Media.

 

Selesai sahaja majlis pernikahan dan perkahwinan, pasangan boleh menarik nafas lega kerana semuanya telah berjaya diuruskan. Mahukan hubungan yang halal bersama pasangan yang selama ini diidamkan, akhirnya tertunai jua. Siapa sahaja yang tidak berasa bahagia dan gembira dengan momen ini, kan?

Boleh dikatakan, pasangan yang baru berkahwin ibarat belangkas, pergi ke mana sahaja pasti berdua. Tidak boleh renggang. Baru berpisah sudah dirindui. Maka, apa sahaja aktiviti yang dibuat bersama pasangan pasti mahu ditunjukkan di sosial media.

Yelah, baru kahwin kan, sebelum ni tak ada pasangan nak show off. Namun, berpada-pada menggunakan sosial media dan elakkan post 5 perkara ini…

1. Menunjuk aktiviti harian.

Pada masa kini, telefon bimbit bukan sahaja memudahkan para manusia berkomunikasi, malah boleh berkongsi tentang rumah tangga juga. Daripada pagi sehingga ke malam. Tidak henti-henti post di sosial media 24 jam sehari.


Kredit: LuckyMotret

  • Breakfast.
  • Bersenam.
  • Bersukan.
  • Shopping
  • Makan tengah hari.
  • Makan malam.
  • Menonton televisyen.
  • Gosok gigi.
  • Memasak dan mengemas rumah.
  • Tidur.

Dan sebagainya.

2. Menunjuk adegan romantik ketika honeymoon.

Kebiasaannya, pasangan yang baru berkahwin pasti akan terus untuk berbulan madu. Menghilangkan diri selama seminggu, kerana ia adalah fasa bulan madu untuk pengantin baru kerana tidak mahu diganggu. Akan tetapi, pada zaman sekarang telefon bimbit seperti menjadi pihak ketiga yang menganggu pasangan tersebut.


Kredit: LuckyMotret

Kerana semua adegan berbulan madu akan dimuat naik di sosial media. Tidak cukup dengan gambar hotel, dan pemandangan. Gambar berpelukan dan berkucupan juga dipamerkan tanpa rasa malu.

3. Menunjuk baby bump.

Setelah berbulan membina mahligai, pasti ingin memiliki cahaya mata. Perasaan ketika ini pasti amat teruja, sehingga setiap detik ingin disimpan sebagai kenangan. Dengan adanya telefon bimbit zaman sekarang, kemudian dengan aplikasi yang boleh berkongsi cerita pasti ibu-ibu menjadi teruja untuk menunjuk baby bump tersebut.


Kredit: Dwi

Hati-hati, kerana pada zaman sekarang dilkalangan sahabat atau ahli keluarga juga sangat membahayakan. Posisi ibu yang sedang hamil kadang-kala menggoda hati lelaki di luar sana.

4. Menunjuk gambar ultrasound bayi.

Isu ini juga menjadi trend masa kini. Para ibu bapa dengan tanpa segan silu menunjukkan gambar ultrasound bayi sulung pada sosial media. Pada asalnya gambar ultrasound tersebut hanya untuk check up antara doktor dengan ibu yang hamil sahaja, namun pada masa kini gambar tersebut dijadikan untuk tular pula.

Related image
Kredit: Drlalpathlab

Bahaya kerana gambar janin tersebut ialah tersembunyi dan tidak sepatutnya ditunjuk pada khalayak ramai, ia juga…

  • Boleh mengundang fitnah.
  • Untuk elak penyakit ‘Ain.
  • Tidak semua individu merasakan gambar itu adalah normal.

5. Memberi dakwah tentang rumah tangga.

Dan hal yang pasangan baru berkahwin perlu elakkan adalah, memberi tips rumah tangga seolah-olah berdakwah. Baru dalam fasa bulan madu, iaitu fasa yang sangat indah, sudah memberi tips rumah tangga dengan menyatakan orang yang bujang jangan lepaskan untuk berkahwin.

“Indah, rugi orang bujang tak kahwin..”

Ketika ini kalian memang bahagia, namun apabila dugaan dan cabaran datang menerjah, jangan pula terlalu banyak drama air mata. Berpada-pada dalam memberi tips rumah tangga. Baru membina mahligai selama 5 bulan, tidak menjamin kebahagian yang nyata.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen