Teruja Dirisik Orang, Namun Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Di Sosial Media.

 

Saat dilamar oleh si dia, pasti si perempuan menjadi begitu teruja. Saat yang dinantikan sudah tiba, dan teruja untuk melalui proses-proses membeli cincin, baju persalinan dan sebagainya. Sebagai kaum wanita, emosi mereka memang mudah tersentuh terutamanya berkenaan dengan majlis merisik, pertunangan, pernikahan dan perkahwinan ini.

Apabila menjadi begitu teruja pasti mahu berkongsi cerita dengan ramai orang sehingga mahu muatnaik di sosial media tentang apa sahaja.

Teruja, teruja juga, tapi elakkan post 5 perkara ini di sosial media…

1. Jangan teruja mempamerkan cincin.

Seperti biasa, apa yang selalu dipamerkan di sosial media adalah gambar cincin tunang. Menunjukkan jari manis disarung dengan cincin emas adalah trend masa kini. ‘Taken’, ‘Booking’, ‘Reserved’ dan bermacam-macam gelaran lagi yang anak muda kejarkan.

Malah, jangan berkejar-kejar berkongsi kisah tentang anda pergi ke kedai barang kemas tersebut dan menunjukkan harganya. Boleh untuk berkongsi bahagia, namun berpada-pada, jangan sampai jadi riak.

2. Jangan teruja menunjukkan tarikh pertunangan.

Pertunangan sepatutnya tidak boleh dihebahkan pada orang ramai, namun perlu ada caranya supaya lelaki tersebut tidak pinang di atas pinangan orang lain. Jangan selepas sahaja dirisik, teruja meletakkan tarikah pertunangan di sosial media.

Elakkan lakukan sebegini kerana ianya hanya pertunangan sahaja dimana ahli keluarga terdekat sahaja yang patut tahu. Memadai sahaja beritahu bahawa anda sudha bertunang sahaja nanti.

3. Jangan teruja membuat Instagram Live.

Sekiranya tarikh pertunangan anda tidak hebahkan, cukuplah hanya ahli keluarga terdekat sahaja tahu majlis pertunangan tersebut. Asal tempoh pertunangan adalah untuk pasangan berta’aruf, bukannya sama seperti majlis pernikahan.

Jadi, elakkan membuat facebook atau instagram live kerana besar kemungkinan terdapat segelintir saudara mara atau sahabat anda akan berkecil hati dengan majlis tersebut.

4. Jangan teruja menunjukkan wang hantaran.

Pertunangan zaman sekarang tidak kurang hebatnya. Sama seperti majlis pernikahan, adanya dulang hantaran dan sebagainya, termasuklah wang hantaran. Ketika majlis pertunangan, tiada hantaran pun tidak mengapa kerana memang tidak wajib. Jika mahu membuat hantaran, buat ala kadar sahaja sebagai tanda.

 Jadi, elakkan mengambil gambar hantaran atau wang hantaran dan post di sosial media.

5. Jangan teruja menunjukkan saat manis bersama si dia.

Oleh kerana pada masa kini sudah menjadi kebiasaan menunjukkan gambar teman lelaki di sosial media, jadi anda begitu teruja menunjukkan gambar si dia ketika majlis bertunang. Sebab itu, amatlah tidak digalakkan untuk menunjuk gerangan lelaki tersebut walaupun di awal perkenalan.

Hikmahnya adalah, sekiranya pertunangan terputus, anda mampu move on dengan cepat kerana tidak banyak gambar bersama dengan si dia.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen