"Baik Lelaki Atau Perempuan Tundukkan Pandangan Mu, & Sentiasa Jaga Pergaulan."

 

Betullah orang kata, apabila kita memiliki sesuatu sudah tentu kita tidak akan perah puas untuk mencari lebih lagi. Begitu juga dalam hubungan rumahtangga, apabila kita sudah memiliki pasangan kita, tetapi kita melihat orang lain lebih baik dan cantik berbanding pasangan kita.

Apabila kita sudah menjadi suami atau isteri orang ini, kita perlu hargai apa yang ada di depan mata. Jangan sibuk mencari kekurangan pasangan hingga lupa bertapa kurangnya diri sendiri.

Berdasarkan perkongsian Puan Cahaya Norhaini Sulaiman ini, suami isteri perlu sentiasa tundukkan pandangannya, bahkan sentiasa jaga pergaulan baik lelaki mahupun perempuan. Ikuti perkongsiannya.



Bismillah,

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU.

Kredit: Penulis asal dari whatsapp
-----------------------------------
Nota sendiri: #berkatauntukdirisendiri

Tanggungjawab menundukkan pandangan bukan hanya lelaki tetapi juga perempuan.

Perempuan harus lebih harus punya sifat MALU yang menebal

Jaga pergaulan, jaga pergaulan, jaga pergaulan.

Target untuk diri sendiri:

1. Tidak buat lawak sambil ketawa dengan mana-mana lelaki bukan mahram rakan JV, bisnes partner etc
(Apakah saya tidak malu apabila Allah ceritakan di dalam Al-Quran, sahabat-sahabat Nabi perlu bercakap dengan Isteri-isteri Nabi di sebalik tabir adalah untuk menjadi hatinya dan hati mereka.

Tidakkah saya mahu mencontohi akhlak isteri-isteri Nabi, orang-orang beriman? Tidakkah saya mahu ambil pengajaran??)

2. Kurangkan bercakap banyak kan mendengar

3. Bercakap di tempat yang perlu

4. Bercakap dengan nada tegas, jelas tidak mendayu atau terlalu lembut

Ya Allah, permudahkanlah kami menjadi mutiara yang tersimpan. Amin

FB Puan Cahaya Norhaini Sulaiman,
Impikan menjadi mutiara tersimpan definisi Alquran

Astagfirullahal azim wa atubu ilaih
Allahu Akbar, Allahummasoliala Muhammad

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen