Tidak Salah Untuk Lambat Sedikit, Nikmati Dahulu Hidup Anda...

 

Untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup ini, kadang kala kita sentiasa memaksa diri untuk menjadi yang lebih baik berbanding orang lain. Sentiasa berusaha sehingga kadang kala melukakan diri sendiri.



Di usia anda ini, mungkin anda sedang melihat orang lain yang sebaya dengan ada yang sedang menikmati hidup yang selesa, ada yang sudah bahagia bergelar isteri atau suami bahkan ada juga yang sedang berjaya bersama kerjayaan mereka.



Tapi anda, masih lagi berada tahap yang sama dan tidak mampu capai apa-apa lagi.

Carl Rogers, pemula teori penerimaan diri, menyebut bahawa penerimaan diri adalah pandangan realistik seseorang tentang dunia dan potensi yang ada di dalam dirinya. Tidak ada yang salah dengan menerima diri sendiri, dan mengasihi diri sendiri.

Tidak perlu berlumba-luma untuk mencapai apa yang orang lain miliki, itu hanya akan membuat anda sakit sendirian. Cuba untuk menerima segalanya dalam hidup anda, di mana belajar bersyukur dengan apa yang anda miliki. Itu akan lebih membuat anda bahagia berbanding perkara yang lain.

Terima sahaja apa yang sudah tertulis buat anda. Ini kerana, kadang kala kita tidak tahu mungkin ada perkara yang besar menanti anda. kebahagiaan yang lambat datang juga merupakan satu kejayaan yang patut anda banggakan bukan?

Tidak perlu membandingkan diri anda dengan mereka. Tidak perlu lihat apa yang istimewa dan apa yang tidak. Menjadi diri anda sendiri adalah lebih istimewa bukan?

Tidak mengapa menjadi orang yang agak lambat sedikit berbanding mereka yang lain. Memilih untuk bertenang dan tidak terburu-buru adalah yang paling baik. Setiap oramg akan mencapai kerjayaan dan kebahagiaan mereka, antara cepat dan lambat sahaja yang membezakannya.



Tidak perlu merendah diri dengan setiap apa yang anda capai pada ketika ini. Yang penting anda sentiasa bersyukur dan menyayangi diri anda sendiri. Percayalah bahawa apa pun yang terjadai pada anda ketika ini, anda masih lagi seorang yang istimewa.

Sentiasa menjadi diri sendiri dan bersyukur apa adanya adalah lebih baik berbanding cuba untuk menjadi orang lain serta memuaskan hati orang lain.

Jangan pernah mengalah dalam apa yang sedang anda lakukan dan hadapi. Cepat atau lambat ia adalah satu kejayaan buat anda. Jadi sayangi diri anda dan terus bahagiakan diri sendiri.

Buat mereka yang sedang kecewa dengan diri sendiri, jangan terus kecewa. Nikmati hidup anda dan carilah kebahagiaan serta kerayaan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen